CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dicari, Tinggalkan Anak Lelaki Umur Dua Tahun Di Rumah Pengasuh Sejak 2020

5-10-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1914| Komen: 16

TAPAH – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tujuh bulan yang ditinggalkan di rumah pengasuh pada Disember 2020.


Pelindung Kanak-Kanak Daerah Batang Padang, Azmila Alis@Alias berkata, Muhammad Affan Ammar ditinggalkan ibu kandungnya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.

Foto: Kosmo


Katanya, kanak-kanak yang lahir pada 2 Mac 2020 kini berada di bawah jagaan keluarga pengasuhnya yang tinggal di daerah ini.

“Sehingga kini tiada individu atau waris tampil menuntut kanak-kanak tersebut.


“Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Tapah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Subseksyen 19(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Azmila di talian 05-4011069. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 5-10-2022 02:34 PM
Anak melayu ke indon ke?
Quote ifanonline 5-10-2022 02:41 PM
anak indon ke?
Quote epullipan 5-10-2022 02:48 PM
pehal main tinggal je camtu
Quote margo20 5-10-2022 03:21 PM
Lepas ni pengasuh kena ada sop baru mntk ic mak bapak supaya senang nk report kalau jadi gini
Quote ctaz 5-10-2022 03:23 PM
thn 2020...emmm
ntah2 mak bpk dia meninggal kena covid
Quote prettyuglybabe 5-10-2022 04:08 PM
muka and baju nampak indon sangat..
Quote BartholomewKuma 5-10-2022 04:17 PM
Muka endon @Friska sebijik keluaq wei
Quote shernazz 5-10-2022 10:41 PM
Nak cuba naseb lettew ma a tau dpt warganegara..hohoo...
Indon kat taman iols neh...dpt ic biru sebab lahir di.mesia..
Lepas lahir.dok.indon...umo 12 tahun bawak.dtg.mesia...amek.ic biru
Now siap dpt apply medan.selera.lagiiii
Quote noor2 5-10-2022 11:11 PM
Mak pak taguna....ni mesti mak pak indon..

Comelnya ko nak....aku suka betul dgn budak2 lelaki ni...
Quote Nnasda53 6-10-2022 10:23 AM
Tak guna punya mak bapak.
Sian anak ni.
Moga baik2 sahaja.
Quote bynroslan 6-10-2022 10:24 AM
kesiannya ditinggalkan camtu je
Quote Kurex 6-10-2022 10:28 AM
Memang senang nak bezakan rupa indon & anak Melayu mulia syurga. Btw harap jumpa la mak pak budak ni & hantar terus ke indon
Quote Adrif 6-10-2022 02:44 PM
kesian wey budak umo camni hilang mak. tak dapat bayang dia nangis siang malam
Quote sharlenetexas 6-10-2022 02:48 PM
Mak indon ke?
Quote gorjeous 6-10-2022 04:09 PM
sian budak tu..
Quote copy_paste 6-10-2022 04:15 PM
entah2 dah mati kot maknye, tapi xkan la xde sedara mara yg mencari,kesian sebatang kara

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.045355 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top