CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Terhentak Lantai, Budak 2 Tahun Di JB Maut Terjatuh Dari Kerusi Semasa Makan Di Kedai

5-10-2022 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5345| Komen: 67

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas terjatuh dari kerusi bayi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah, kejadian berlaku ketika ibu bapa budak itu membawanya ke sebuah restoran di Taman Sutera untuk makan tengah hari kira-kira jam 2 petang pada Selasa.



Gambar Hiasan

“Mereka meletakkan mangsa di kerusi bayi untuk menjamu selera.

“Kira-kira sejam kemudian, budak lelaki itu dikatakan secara tiba-tiba menendang meja, menyebabkan kerusi bayi itu terbalik.

"Ketika itu kepalanya terhantuk ke tanah, menyebabkan dia menangis dengan kuat sebelum pengsan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pekerja restoran turut menyaksikan kemalangan itu.

Bapa kemudiannya membawa budak itu ke klinik swasta berhampiran, di mana doktor menasihatkan mereka untuk mendapatkan bantuan di hospital kerana keadaan mangsa yang serius, kata Fariz Ammar.

“Apabila bapa membawa mangsa ke hospital swasta di Iskandar Puteri, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di situ.

“Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Beliau juga berkata tiada unsur jenayah dalam kes itu setakat ini tetapi siasatan yang diklasifikasikan di bawah laporan kematian mengejut, sedang dijalankan. - CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 5-10-2022 11:12 AM
Allah kesiannya...harap bukan seat ikea la
Quote ctaz 5-10-2022 11:17 AM
budak2 tgh lasak....
emmm
takziah...
Quote Atata 5-10-2022 11:19 AM
Astagfirullah hal azimmm. Trauma nye lah mak ayah dia lepas ni
Quote Artemesiaa 5-10-2022 11:31 AM
Kebanyakan kerusi kanak2 tu agak tinggi sebab nak level dengan meja tapi tampa tali keselamatan atau stopper pada kaki kerusinya untuk mengelaknya dari senang jatuh.  Bila mak pak leka seketika mudah mengundang kemalangan berlaku.
Quote shernazz 5-10-2022 11:35 AM
Peringatan lah buat kita
Kerusi baby ni mmg.kena awasi tiap.masa.lah
Kekadang kita igt budak2 dah diam.je dalam tu..tp.depa.lg ligat...tangan kaki semua
Quote .HannahMontana. 5-10-2022 11:37 AM
ajal akan sampai xkira masa , xkira tempat , xkira umur

TAKZIAH

Quote Nnasda53 5-10-2022 11:56 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Ambil ikhtibar buat ibubapa yang ada anak kecil.
Quote akies 5-10-2022 11:58 AM
Kesiannya
Moga keluarga ni tabah hadapi dugaan berat
Quote Drmu 5-10-2022 12:01 PM
Edited by Drmu at 5-10-2022 12:04 PM

Innalillah.

Kerusi bayi tu mmg scary sbb tinggi..sbelum ni pun ada jugak baby terjatuh gne kerusi ni..tpi alhamdulillah xde apa. Kne hati2 guna kerusi ni..bukan stabil sangat..sbb dia punya kaki tu mcm x berapa lebar. Rse lgi slamat guna kerusi biasa je
Quote lurve82 5-10-2022 12:02 PM
Ishk takutnye. Anak aku bru nak masuk 1 thn. Mmg letak lpas tu pegang dia jgk. Klu tak mula la nak berdiri la nak tolak2 la. Bertabah la family dia
Quote manehnya 5-10-2022 12:03 PM
alaaa siannya.. benda nk jadi, senang ja.. asbab tu ja..
Quote Tokeybundle 5-10-2022 12:11 PM
Takziah.mesti trauma kalau nak mkn2 lg.kesian nya
Quote gorjeous 5-10-2022 12:12 PM
Innalilah... moga tabah dan sabar yee familynya..
Quote gede-bab 5-10-2022 12:33 PM
Artemesiaa replied at 5-10-2022 11:31 AM
Kebanyakan kerusi kanak2 tu agak tinggi sebab nak level dengan meja tapi tampa tali keselamatan atau ...

betul...kalau ikut berita tu kaki anak tu yang menendang meja menyebabkan kerusi tersebut terdorong ke belakang dan jatuh bersama si anak..
patut kerusi kanak-kanak kena pasang kekunci yang boleh menghalang kejadian seperti ini dan ibu bapa juga kena peka dengan sentiasa berhati-hati...
Quote CARI-MRO 5-10-2022 01:44 PM
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas terjatuh dari kerusi bayi.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah, kejadian berlaku ketika ibu bapa budak itu membawanya ke sebuah restoran di Taman Sutera untuk makan tengah hari kira-kira jam 2 petang pada Selasa.




Gambar Hiasan




“Mereka meletakkan mangsa di kerusi bayi untuk menjamu selera.


“Kira-kira sejam kemudian, budak lelaki itu dikatakan secara tiba-tiba menendang meja, menyebabkan kerusi bayi itu terbalik.


"Ketika itu kepalanya terhantuk ke tanah, menyebabkan dia menangis dengan kuat sebelum pengsan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Tambahnya, pekerja restoran turut menyaksikan kemalangan itu.


Bapa kemudiannya membawa budak itu ke klinik swasta berhampiran, di mana doktor menasihatkan mereka untuk mendapatkan bantuan di hospital kerana keadaan mangsa yang serius, kata Fariz Ammar.


“Apabila bapa membawa mangsa ke hospital swasta di Iskandar Puteri, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di situ.


“Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.


Beliau juga berkata tiada unsur jenayah dalam kes itu setakat ini tetapi siasatan yang diklasifikasikan di bawah laporan kematian mengejut, sedang dijalankan. - CARI


Sumber: mStar Online
Quote lattehazelnut 5-10-2022 01:47 PM
Ya allah sampai boleh mcm tu..
Mungkin ada bones retak, mak ayah dukung gerak2..

Anak yatt je tiap minggu jatuh hidup aman damai..
Quote noor2 5-10-2022 01:49 PM
Sedihnya...innalillah
Quote Cokoro 5-10-2022 01:51 PM
Allahhh sedihnya
Quote renko 5-10-2022 02:35 PM
sedihnya baca

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048868 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top