CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LHDN Tarik Balik Rayuan Cukai RM10.3 Juta Terhadap Nooryana Najib

5-10-2022 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2801| Komen: 25

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan di sini berhubung samannya terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bagi menuntut cukai pendapatan RM10.3 juta yang tidak dibayar.


Perkara itu disahkan peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut peguam itu, LHDN telah memfailkan notis penarikan balik pada Isnin lalu (3 Oktober) yang mana Noryana telah menyelesaikan kes cukainya dengan LHDN.


Foto: Kosmo

“Bagaimanapun pihak kami (Noryana)  tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian serta jumlah yang telah dibayar secara terperinci,” katanya ringkas. 


Pada 26 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana.

Kemudian pada 7 Julai lalu, Mahkamah Rayuan di sini menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mengenai dakwaan cukai pendapatan yang tidak dibayar.

Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana, selaku defendan.

Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 5-10-2022 11:19 AM
so, dah bayar ke belum????
Quote plywood 5-10-2022 11:41 AM
masih ada duit ker nak bayar.. kena paksa bayar kalau tak ada duit, bayar dengan apa... kecuali nak dia masuk jail juga macam bapak dia
Quote .HannahMontana. 5-10-2022 11:45 AM
najwa ni hitam saja

tibah-tibah putih dengan hidung mcm tongkol kayu  ..so much fake

sila bayar cukai

ko hidup senang selama ini hasil rompakan bapakkkkkkkkkk dan mak  ko

Quote juruterra 5-10-2022 12:02 PM
cash apak stashed kt rumah kan byk...byr je la
Quote EJALTI 5-10-2022 01:01 PM
Mahkamah: LHDN tarik balik rayuan cukai RM10.3 juta terhadap Nooryana

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -terhadap-nooryana/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
5 Oktober 2022, 12:24 pm


Nooryana.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan di sini berhubung samannya terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bagi menuntut cukai pendapatan RM10.3 juta yang tidak dibayar.

Perkara itu disahkan peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut peguam itu, LHDN telah memfailkan notis penarikan balik pada Isnin lalu (3 Oktober) yang mana Noryana telah menyelesaikan kes cukainya dengan LHDN.

“Bagaimanapun pihak kami (Noryana)  tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian serta jumlah yang telah dibayar secara terperinci,” katanya ringkas.

Pada 26 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana.

Kemudian pada 7 Julai lalu, Mahkamah Rayuan di sini menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mengenai dakwaan cukai pendapatan yang tidak dibayar.

Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana, selaku defendan.

Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36. – KOSMO! ONLINE
Quote rashiman 5-10-2022 01:04 PM
Edited by rashiman at 5-10-2022 01:05 PM

Nooryana bagaimanapun mempersoalkan tindakan mengenakan cukai bagi wang yang didakwanya diberikan oleh suaminya, Daniyar Kessikbayev dan keluarga.

Dalam satu hantaran di Instagram hari ini, dia berkata kesnya telah "selesai".

"Kami sudah selesaikan kes cukai saya selepas ejen cukai saya dan LHDN meneliti kes dan mereka akhirnya setuju yang wang hantaran, nafkah dariapda suami, dan rumah yang dibeli sepenuhnya oleh mentua saya menggunakan wang di luar negara tidak boleh dicukai.

"Sama seperti kes cukai RM1.7 bilion bapa saya yang mengarut itu, satu-satunya objektif kerajaan PH adalah untuk menganiaya keluarga saya melalui LHDN walaupun ia melanggar undang-undang dan peraturan, bergantung kepada salah guna klausa 'bayar dulu, bincang kemudian'," katanya.

Quote CARI-MRO 5-10-2022 01:14 PM
PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan di sini berhubung samannya terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bagi menuntut cukai pendapatan RM10.3 juta yang tidak dibayar.


Perkara itu disahkan peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana ketika dihubungi di sini sebentar tadi.


Menurut peguam itu, LHDN telah memfailkan notis penarikan balik pada Isnin lalu (3 Oktober) yang mana Noryana telah menyelesaikan kes cukainya dengan LHDN.




Foto: Kosmo




“Bagaimanapun pihak kami (Noryana)  tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian serta jumlah yang telah dibayar secara terperinci,” katanya ringkas.


Pada 26 Ogos 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana.


Kemudian pada 7 Julai lalu, Mahkamah Rayuan di sini menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan LHDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mengenai dakwaan cukai pendapatan yang tidak dibayar.


Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana, selaku defendan.


Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.


LHDN mendakwa, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote Kitty_catz 5-10-2022 01:21 PM
tarik balik rayuan ni maksud apa? kena bayo ke lepas ke

meols tak paham leee

aii belom GE smuer terlepas ke acaner?
Quote rashiman 5-10-2022 01:31 PM
Nooryana bagaimanapun mempersoalkan tindakan mengenakan cukai bagi wang yang didakwanya diberikan oleh suaminya, Daniyar Kessikbayev dan keluarga.

Dalam satu hantaran di Instagram hari ini, dia berkata kesnya telah "selesai".

"Kami sudah selesaikan kes cukai saya selepas ejen cukai saya dan LHDN meneliti kes dan mereka akhirnya setuju yang wang hantaran, nafkah dariapda suami, dan rumah yang dibeli sepenuhnya oleh mentua saya menggunakan wang di luar negara tidak boleh dicukai.

"Sama seperti kes cukai RM1.7 bilion bapa saya yang mengarut itu, satu-satunya objektif kerajaan PH adalah untuk menganiaya keluarga saya melalui LHDN walaupun ia melanggar undang-undang dan peraturan, bergantung kepada salah guna klausa 'bayar dulu, bincang kemudian'," katanya.

Quote renko 5-10-2022 02:37 PM
cukai pun tak bayar
ada hati nak menyalak2 sana sini mintak simpati
babi
Quote beautifulorchid 5-10-2022 02:42 PM
SO BERAPA JUMLAH BAYRAN NYE? LHDN JGN  NAK SAPU BAWAH CARPET JE..
ANAK BERANAK MENCURI....
Quote rashiman 5-10-2022 02:55 PM
beautifulorchid replied at 5-10-2022 02:42 PM
SO BERAPA JUMLAH BAYRAN NYE? LHDN JGN  NAK SAPU BAWAH CARPET JE..
ANAK BERANAK MENCURI....

Katanya , Duit dari luarnegara, maka tidak dikenakan cukai..
Quote Firenzza 5-10-2022 03:18 PM
Boleh plk dia cikcur obersee sana sini x byr  cukai, marhaen x byr kena halau mcm anjing kurap
Quote Kak-Rohana 5-10-2022 03:22 PM
Firenzza replied at 5-10-2022 03:18 PM
Boleh plk dia cikcur obersee sana sini x byr  cukai, marhaen x byr kena halau mcm anjing kurap

Hakak baca FB komen katanya pasal duit hantaran kawin.
Quote helicornia 5-10-2022 03:39 PM
Kitty_catz: tarik balik rayuan ni maksud apa? kena bayo ke lepas ke meols tak paham leeeaii belom GE smuer terlepas ke acaner?

Kes dh selesai. Tak perlu dipanjangkan lagi ke mahkamah.noryana dh setel tax dia
Quote s@s@ 5-10-2022 03:43 PM
dia ni income dapat dari mana?
ada bisnes or terima gaji kerja mana2 ke?
Quote naina 5-10-2022 03:52 PM
Cukai je 10.3 juta. Berapa agaknya duit hantaran dan nafkah dia terima. Kaya jugak laki dia
Quote tomiko_haza 5-10-2022 03:53 PM
haih untung jd org ada2 berpangkat, berpolitik..semua free. cuma rkyat marhaen tk bayo..smpai ke rumah dicarinya
Quote pekanwoohoo 5-10-2022 04:08 PM
Nampak lah LHDN memang betul salah guna kuasa nak aniaya Najib anak beranak, kalau tak, takkanlah nak tarik kes macam tu je. Panas bontot jadinya pencacai Atuk.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089112 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top