CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Sedap Tidur, Suami Isteri Terkejut Pesawat Terhempas 'Landing' Tepi Katil

5-10-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1653| Komen: 4

DULUTH, MINNESOTA –  Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah sebuah rumah di negeri Minnesota tengah malam Sabtu lalu,  lapor stesen penyiaran NBC News.


Dua penghuni kediaman itu bagaimanapun berada dalam keadaan selamat.

Pesawat jenis Cessna 172 terhempas di tingkat dua sebuah rumah di Hermantown, kira-kira 25.7 kilometer  ke barat  bandar Duluth.  Kapal terbang itu kemudian jatuh di halaman belakang rumah tersebut, demikian menurut maklumat dikeluarkan pihak berkuasa bandar tersebut.


Foto: KBJR

Kesemua mereka yang terbunuh ialah penumpang pesawat  yang dikenal pasti sebagai Alyssa Schmidt, 32  dan  Matthew Schmidt, 31 di samping juruterbang berusia 32 tahun, Tyler Fretland.


Pengarah Komunikasi Hermantown, Joe Wicklund berkata, pesawat berkenaan nyaris merempuh dua penghuni kediaman tersebut yang berada di tingkat dua pada hari kejadian.

Rakaman video menunjukkan terdapat lubang pada bahagian hadapan bumbung dengan serpihan pesawat bertebaran di atas rumput di sekeliling rumah serta sekurang-kurangya separuh daripada bahagian belakang kediaman itu musnah.

Pegawai yang memantau menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Duluth memaklumkan kepada polis Hermantown sejurus sebelum tengah malam Sabtu lalu bahawa mereka percaya sebuah pesawat ringan telah terhempas selepas ia hilang daripada  radar ketika berada sekitar 1.6 km hingga 2.4 km dari lapangan terbang.

Akhbar Duluth News Tribune melaporkan bahawa pasangan suami isteri yang merupakan penghuni rumah tersebut, Jason dan Crystal Hoffman, tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi letupan kuat.

“Pada awalnya saya menyangka ia adalah bunyi relau api meletup,” kata Jason.

Bagaimanapun selepas meninjau keadaan rumah menggunakan lampu suluh, Jason terkejut apabila melihat sebuah pesawat di sebelah katilnya lantas menyedari bahawa ia telah terhempas.

Pasangan itu dilaporkan berlari ke luar rumah apabila asap menjadi semakin tebal meskipun dilarang oleh jiran-jiran kerana terdapat talian elektrik di sekeliling kediaman itu.

Pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat nahas tersebut sambil menambah, punca kejadian masih belum dikenal pasti. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 5-10-2022 10:24 AM
giler..pnjg lg umur dorang..msti trauma
Quote mejaputih 5-10-2022 11:32 AM
tapi cantiknya area rumah theols...suka countryside mcm ni
Quote CARI-MRO 5-10-2022 12:11 PM
DULUTH, MINNESOTA –  Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah sebuah rumah di negeri Minnesota tengah malam Sabtu lalu,  lapor stesen penyiaran NBC News.


Dua penghuni kediaman itu bagaimanapun berada dalam keadaan selamat.


Pesawat jenis Cessna 172 terhempas di tingkat dua sebuah rumah di Hermantown, kira-kira 25.7 kilometer  ke barat  bandar Duluth.  Kapal terbang itu kemudian jatuh di halaman belakang rumah tersebut, demikian menurut maklumat dikeluarkan pihak berkuasa bandar tersebut.




Foto: KBJR




Kesemua mereka yang terbunuh ialah penumpang pesawat  yang dikenal pasti sebagai Alyssa Schmidt, 32  dan  Matthew Schmidt, 31 di samping juruterbang berusia 32 tahun, Tyler Fretland.


Pengarah Komunikasi Hermantown, Joe Wicklund berkata, pesawat berkenaan nyaris merempuh dua penghuni kediaman tersebut yang berada di tingkat dua pada hari kejadian.


Rakaman video menunjukkan terdapat lubang pada bahagian hadapan bumbung dengan serpihan pesawat bertebaran di atas rumput di sekeliling rumah serta sekurang-kurangya separuh daripada bahagian belakang kediaman itu musnah.


Pegawai yang memantau menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Duluth memaklumkan kepada polis Hermantown sejurus sebelum tengah malam Sabtu lalu bahawa mereka percaya sebuah pesawat ringan telah terhempas selepas ia hilang daripada  radar ketika berada sekitar 1.6 km hingga 2.4 km dari lapangan terbang.


Akhbar Duluth News Tribune melaporkan bahawa pasangan suami isteri yang merupakan penghuni rumah tersebut, Jason dan Crystal Hoffman, tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi letupan kuat.


“Pada awalnya saya menyangka ia adalah bunyi relau api meletup,” kata Jason.


Bagaimanapun selepas meninjau keadaan rumah menggunakan lampu suluh, Jason terkejut apabila melihat sebuah pesawat di sebelah katilnya lantas menyedari bahawa ia telah terhempas.


Pasangan itu dilaporkan berlari ke luar rumah apabila asap menjadi semakin tebal meskipun dilarang oleh jiran-jiran kerana terdapat talian elektrik di sekeliling kediaman itu.


Pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat nahas tersebut sambil menambah, punca kejadian masih belum dikenal pasti. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote rosedemon 5-10-2022 12:24 PM
nohhh mujur tak maut sekali

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.080857 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top