CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azie Hampir Dise­rahkan Kepada Sindiket Dadah Di Laos, Motif Diculik Sebagai Cagaran

5-10-2022 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4705| Komen: 22

PETALING JAYA: Motif sebenar ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie diculik dipercayai sebagai ‘cagaran’ dalam sindiket dadah yang dikaitkan dengan suaminya.


Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberi­tahu, siasatan mendapati berlaku masalah dalam rangkaian sindiket dadah tersebut sehingga menyebabkan wanita berusia 36 tahun itu diculik.

“Ketika diselamatkan di sempadan Thailand-Laos, wanita itu cuba diseludup untuk dise­rahkan kepada sindiket dadah di Laos.

“Kesemua suspek yang terlibat merupakan ahli sindiket dadah tersebut dan pihak polis sedang mengesan tiga lagi suspek dipercayai bersembunyi di Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Foto: Utusan Online


Tambah sumber tersebut, tiga suspek sedang direman manakala empat indvidu lagi telah tamat tempoh reman.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan pihaknya sedang mengesan kira-kira dua hingga tiga warga tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan tersebut.

Menurut beliau, polis me­ngenal pasti identiti ketiga-tiga individu tersebut namun perlu menyiasat lanjut untuk pengesahan sebenar sebelum dikongsikan dengan pihak berkuasa di Thailand.

“Buat masa ini PDRM masih menjalankan siasatan dan memeriksa keterangan yang ada untuk memastikan duduk (situasi) sebenar kes ini.

“PDRM memohon media bersabar dan memberi sedikit masa supaya kita betul-betul dapat maklumat motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mang­sa ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun usaha menyelamatkan Azie sudah selesai, namun, masih ada kes lain yang boleh disiasat berhubung penculikan wanita berkenaan.-CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 5-10-2022 09:19 AM
Apa lagi.. Dah terselamat dah.. Maklumat yang sahih tidak perlu disembunyikan lagi..
Quote nurshima 5-10-2022 10:54 AM
Pecah rahsia suami dia tauke dadah,  kalau pengedar kecil2 tak kan sampai nak kena culik bini. Entah azie,  mustahil hang tak tau laki hang pengedar dadah.
Quote KamikuP 5-10-2022 11:55 AM
Tu lah kan duit berkepok2 tapi tak berkat... hadap le sampai mati laki ko pengedar dadah.. anak mesti malu kat sekolah ekene ejek
Quote opie5662 5-10-2022 11:58 AM
So laki die mana... Kene tangkap ke tidekkk
Quote .HannahMontana. 5-10-2022 11:59 AM
kena buat plastik surgery dulu lah kalau nak dijual pun

yang paling utama


yang tunjuk kaya selalunya xkaya

sebab org kaya xperlu tunjuk kaya

dengan hanya memegang setin kaya dan sbeuku roti pun dah bau aura kaya tu.
Quote cmf_premierleag 5-10-2022 12:02 PM
Sah2 la ko jd cagaran sebab semuanya punca dr laki ko...tp opkoz la ko mesti MALU nak ngaku kan semua nya punca dr laki ko.
Sbb kalo laki ko x terlibat sama, takde sapa nk culik acik kepam..baik depa kidnap lisa blackpink bagai
Quote airmineral 5-10-2022 12:06 PM
mmg lucky betul la da kena culik ke luar negara pastu dpt selamat pula
mantap polisi
Quote rosedemon 5-10-2022 12:24 PM
malu je tunjuk kaya rhopenya dadah ceh
Quote missyL 5-10-2022 01:29 PM
Kesian..jgn la main2 ngn dadah nie


Mesti azie bace jgk pasal filter tu..
Smpi ke sudah azie bermask..
Ke kene pakai sbb balik dr laos.
Quote epal21 5-10-2022 07:28 PM
rosedemon: malu je tunjuk kaya rhopenya d ...

Itulah. Kadang2 iols tak faham dengan pemikiran org macam ni. Masa anak balik tu, bersungguh tu juk gambar berdoa bersyukur ke hadrat Ilahi. Tapi di sebalik itu menantunya jual dadah memusnahkan keluarga orang lain contohnya macam
kes meragut,bunuh mak sedara untuk dapat duit beli dadah. Tipulah kalau bininya ni tak tahu suami buat apa sampai jadi kaya-raya macam tu.
Quote Carcosa 5-10-2022 10:01 PM
Dahla tau laki ko pengedar dadah, lagi mau flex duit berkepok2 berkepok2.
Haaaa hadap lah skrg. Bertimpa2 pembalasan.
Masa kena kidnap tu, hanya kau, pengkidnap dan Allah je yg tau apa jadi. Kennnn?
Katanya dilayan baik bagai. Chishhhhh. Baca boleh, purcaya jangey deh. Haha.
Sah2 drug ring. Mau nak layan ko elok2?
Kalau kau anak jutawan hartawan dermawan, then diorang kidnap utk mintak ransom, haaaa tu aku purcaya.
Quote kotakbaju 5-10-2022 10:10 PM
Iols cuma nak komen makcik sebelah azi tu. Muka dia cam familiar sangat. Macam muka pelakon kat drama tv tu..tak ingat tajuk tapi memang selalu nampak dia belakon
Quote sharlenetexas 5-10-2022 10:22 PM
KamikuP replied at 5-10-2022 11:55 AM
Tu lah kan duit berkepok2 tapi tak berkat... hadap le sampai mati laki ko pengedar dadah.. anak mest ...

Kena reset lah kot. You own nothing and you will be happy.


Quote sharlenetexas 5-10-2022 10:23 PM
kotakbaju replied at 5-10-2022 10:10 PM
Iols cuma nak komen makcik sebelah azi tu. Muka dia cam familiar sangat. Macam muka pelakon kat dram ...

Mcm muka mak wan yg bergaduh dgn pa tu?


Quote syamzana 5-10-2022 10:27 PM
sian anaknya mesti awkward pergi sek. bdk2 skrg sek rendah pun reti bergosip
Quote kotakbaju 5-10-2022 11:10 PM
sharlenetexas replied at 5-10-2022 10:23 PM
Mcm muka mak wan yg bergaduh dgn pa tu?

Mak wan yang mana satu ni iols pun tak tau apa nama pelakon tu. Sebab selalu watak sampingan saja..
Quote gigahertz 5-10-2022 11:12 PM
nurshima replied at 5-10-2022 02:54 AM
Pecah rahsia suami dia tauke dadah,  kalau pengedar kecil2 tak kan sampai nak kena culik bini. Entah ...

I kes ni bila tau suami dia ada kes dengan dadah
I auto x kesian.
Quote Sazreena 6-10-2022 01:38 PM
Laki dia tu kalau busted red handed soheh gantung sampai mati but then again jarang tokan jerung sangkut. Yg selalu sangkut balaci dorang jek. Berani mati laki ko memain ngan tokan siam / laos. Kalau x tobat xtau la aku.
Quote asshancuc 12-10-2022 10:22 AM
I'm writing on this topic these days,   but I have stopped writing because there is no reference material. Then I accidentally found your article. I can refer to a variety of materials, so I think the work I was preparing will work! Thank you for your efforts. majorsite

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063475 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top