CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Acik Mulut Puaka Asam Pedas Melaka Makin Dikecam Makin Laris- Dulu Sehari 20kg Beras, Sekarang 60kg Baru Cukup

5-10-2022 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6176| Komen: 80

MELAKA – Restoran kontroversi Asam Pedas 35 yang sebelum ini tular di media sosial dan me­nerima kecaman hebat daripada netizen disebabkan isu ‘bahasa kasau’ dan ‘suara petir’ tetap dikerumuni orang ramai.


Tinjauan di restoran di Plaza Mahkota itu mendapati barisan pelanggan yang menunggu giliran mengambil nasi dan lauk-pauk kegemaran tidak ‘susut’ sejak dibuka pada pukul 12 te­ngah hari, malah semakin panjang sehingga ke petang.

Menurut pemiliknya, Norhaya­ti Baharom, 47, perniagaannya semakin maju selepas kedainya beberapa kali ditularkan oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.


Foto: kosmo


Jelasnya, kini setiap kali musim perayaan dan cuti persekolahan, restorannya perlu menggunakan kira-kira 60 kilogram (kg) beras sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Meskipun ramai kecam kedai ini sehingga ada yang menggelarkan kami ‘keluarga puaka’ tapi Alhamdulillah pelanggan kami semakin ramai, malah mereka perlu beratur menunggu giliran makan.

“Dulu sebelum viral, kami masak beras dalam 20kg sehari, kini kalau musim perayaan dan cuti persekolahan kami perlu guna 60kg beras, baru cukup,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, bagi lauk asam pedas, kira-kira 300 keping ikan pari dan jenahak akan licin dalam tempoh lima jam sehingga pukul 5 petang dengan jumlah pengunjung mencecah 600 orang sehari.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan dan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap premisnya, Norhayati berkata, perkara itu merupakan cara pe­nerimaan peribadi setiap pelanggan.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, itu hak mereka, saya percaya ramai lagi pelanggan yang faham. Kenalan atau pelanggan yang dah biasa makan sini mereka tahu perangai keluarga ini macam mana.

“Memang cara kita cakap macam ni, sejak azali lagi, kami anak beranak kalau bersembang sesama kami pun meja macam nak terbalik,” katanya yang merupakan generasi ketiga perniagaan berusia 46 tahun itu.

Katanya, susulan jumlah pe­langgan yang naik mendadak, premis itu juga terpaksa mengehadkan makanan dibungkus bagi memastikan setiap individu berpeluang merasai masakan asam pedas restoran berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha restoran di Pantai Siring, Azizah Hasan, 46, berkata, dia juga pernah ditegur pelanggan secara berseloroh kerana suara dan bahasa yang dianggap kasar kepada orang luar.

“Orang luar rasa kasar tetapi sebenarnya tidak,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 5-10-2022 08:53 AM
Ye ke sedap sgt  kedai ni.aku penah pegi kedai asam pedas pak man beratuq mcm harey tapi x sedap pun.kot asam pedas johor sedap kot kan?
Quote AbukRokok 5-10-2022 09:35 AM
maknanya
ko maki kan aje depa2 tu
sama juga mcm yg kne ludah dgn noh
semoga diperludahkan
Quote bottombikini 5-10-2022 09:46 AM
Edited by bottombikini at 5-10-2022 11:13 AM
alesandra replied at 5-10-2022 08:53 AM
Ye ke sedap sgt  kedai ni.aku penah pegi kedai asam pedas pak man beratuq mcm harey tapi x sedap pun ...

aritu pegi melaka makan asam pedas yg sebelah 7e dekat taming sari
sedap gile tapi pricey sikit la ..sambal belac sebekas kecik RM3
tapi semua sedap so aku oke je rege dia

asam pedas parit jawa yg diwar2kan tersedap bagi tekak aku adalah yg terhampeh
sampai terpikir camne korang org johor bole rasa asam pedas PJ yg cair tu best gile


Quote vespa_oren 5-10-2022 09:48 AM
aku suka asam pedas muar JJ, jika time waktu lunch berderet kereta mewah makan situ
Quote imanjannah 5-10-2022 10:03 AM
paling suka asam pedas kak Su kat Duyong tu jugak, itu yg paling kena dgn selera family kami
Quote Themilo 5-10-2022 10:10 AM
weols pulak suka tengok kak sue robert tik tok makan asam pedas area muar / tangkak
Quote Nnasda53 5-10-2022 10:15 AM
Teruskan ja la maki2 pelanggan.
Lagi maki lagi murah rezeki kan.
Quote Decaffeinated 5-10-2022 10:18 AM
Makin koyak acik2 bitter tak tentu pasal padahal melaka pun tak pernah sampai

Quote belacan_gurl 5-10-2022 10:27 AM
Sedap sgt la tu sampai customer rela dimaki
Quote renko 5-10-2022 10:31 AM
ramai yang rela menjadi bangang
hahahaha
Quote Gigicantik81 5-10-2022 10:42 AM
Sokong . mmg x sedap asam pedas jawa. Melaka punya asam pedas mmg terbaik.
Quote Gigicantik81 5-10-2022 10:43 AM
imanjannah replied at 5-10-2022 10:03 AM
paling suka asam pedas kak Su kat Duyong tu jugak, itu yg paling kena dgn selera family kami

Betul kat duyong pun best kena pandai carik. As i org melaka mmg recommended.
Quote Tinot7 5-10-2022 10:44 AM
Sedap sgt ka asam pedas dia?
Quote chinta89 5-10-2022 10:45 AM
entah bagi aku tetap x normal bcakap biadap mcm tuh walaupun itu punca rezeki korang naik mencanak.
Quote kepompong 5-10-2022 10:47 AM
bottombikini replied at 5-10-2022 09:46 AM
aritu pegi melaka makan asam pedas yg sebelah 7e dekat taming sari
sedap gile tapi pricey sikit la ...


& also pedas yg teramat2 kat parit jawa tu …. & mahal . kat jb lagi murah & sedap. mana2 kedai pun yg tak femes langsung… masuk je insyaAllah sedap. Kat rumah dah hari2 masak asampedas, time malas masak pun pegi kedai cari asam pedas kehkehkehhh
Quote R2D2 5-10-2022 10:49 AM
kalau analogi ni diguna pakai
sure lepas ni Noh Hujan akan dpt byk tawaran show
lepas kes ludah tu

lagi viral
lagi laku

Quote tri-max 5-10-2022 10:54 AM
iyelah kak, teruskan shj makian itu kalau itu punca rezeki kau
yg dtg makan tu terang2 bodoh walaupun berduit

ada org kata mulut cakap jahat tapi hati baik
adakah potong buah mangga dalam isinya durian?
akak nak bodoh, bodohkan lah diri sendiri dan keluarga akak shj ye

Quote kessah 5-10-2022 10:56 AM
sdap sgt ke ? ada forumers yg penah makan sini tak ? share laa review.
Quote kakikuDibibirmu 5-10-2022 10:58 AM
Lahabau betul, program berjalan dengan lancau, ulau berlingkau di atas pagau, Hawau you? I am fine, thank you, nice tumit you

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.103179 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top