CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Ibu Strok Ke Bank Tapi Tertinggal IC- Pegawai Bank Kelantan Tak 'Kekwat', Siap Datang Kereta Ambil Cap Jari

5-10-2022 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2572| Komen: 23

Seorang wanita melahirkan rasa syukur apabila proses mengeluarkan wang simpanan ibunya yang menghidap strok dipermudah pegawai sebuah bank selepas dia terlupa membawa MyKad warga emas berkenaan.


Melalui perkongsian video dimuat naik di media sosial miliknya, @s..nass memaparkan situasi tersebut dipercayai berlaku di Machang, Kelantan.

Lebih terharu, video berdurasi 21 saat itu turut menunjukkan pegawai bank tersebut sanggup datang ke kereta untuk mengambil cop jari ibunya.



“Datang bank bawa mak yang strok, nak keluarkan duit mak tetapi tertinggal MyKad.

“Nak balik rumah, ambil MyKad jauh pula, namun dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh,” kata @s..nass.

Susulan itu, rata-rata orang ramai tersentuh melihat situasi terbabit dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pegawai bank tersebut.



“Ni baru betul datang kat kereta, bukan yang sakit terpaksa bawak masuk sekali dengan katil. Harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri,” ujar @ikhlaskepadaAllah.

“Alhamdulillah ada timbang rasa untuk warga emas,” kata @einafazli.

“Inilah kita nak dalam perkhidmatan,” seloroh @ahmadasrul3243. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 5-10-2022 08:35 AM
See? Blh je mudahkan urusan customer
Quote rosedemon 5-10-2022 12:18 PM
syukorrrr, kelantan serambi mekah smua penduduk baik belako. sek kito jange pecohhhh
Quote margo20 5-10-2022 01:25 PM
Takut kena bambu lettew
Quote lattehazelnut 5-10-2022 01:31 PM
Edited by lattehazelnut at 5-10-2022 01:32 PM

Dia ikut bank mana.. ada yg security rilex..
Ada yg ketat sgt.. bank tu bukan bapak diorg punye ikut suka tukar2 rules..

N mcm mne anak boleh lupa bawak ic mak..
Habis tu nak hospital ke mne2 xkan xbwk gak..
kalau atm or buku bank faham lah..

Yg kje kaunter tu silap sikit money shot ke apa kne potong gaji..
Quote krustykrab 5-10-2022 01:48 PM
Ko duk haplod kat medsos buat urusan penting tak bwk ic, nt tak pasal² pegawai bank tu pulak kena tindakan...kalau tak haplod video sayu sedih ni sambil boh lagi arobic tak senang hati kot kan
Quote Mek_bulat 5-10-2022 02:47 PM
I hritu bawa mak p kemaskini akaun kat maybank, smpi sblm bank buka lg, dpt parking dpn2 bank.. Masuk dlm bgtau staff mak naik wheelchair sbb kaki x kuat nk jln.. So staff dia bawa mykad reader yg wireless p kat kereta, cuma kena tggu kejap dlm 15minit sbb diorg nk cas natang tu dlu.. Actually dia terpulang pd budi bicara bank juga, p bsn, mak kena masuk juga p kaunter.. Huhuhu..
Quote cmf_PariS 5-10-2022 02:49 PM
bank2 punnnnn permudahkanla urusan orgk nokkkkkk
Quote shernazz 5-10-2022 02:55 PM
krustykrab replied at 5-10-2022 01:48 PM
Ko duk haplod kat medsos buat urusan penting tak bwk ic, nt tak pasal² pegawai bank tu pulak kena t ...

Yang penting upload dolu...
Lain2 belakang cerita
Quote KamikuP 5-10-2022 03:03 PM
Habislah pegawai bank tu punya kpi kene Need Improvement tak dapat bonus padan muka
Quote sharlenetexas 5-10-2022 03:07 PM
Bank kt tengah bandar machang tu ke?

Quote kotakbaju 5-10-2022 03:08 PM
krustykrab replied at 5-10-2022 01:48 PM
Ko duk haplod kat medsos buat urusan penting tak bwk ic, nt tak pasal² pegawai bank tu pulak kena t ...

Apa kena mngena pulak citer dlm vdeo tu dengan buh lagu aerobic   nak suruh bersenam kat situ ke
Quote liyamariska 5-10-2022 04:01 PM
Edited by liyamariska at 5-10-2022 04:03 PM

Ai harap pegawai bank ini tidak dikenakn sebarang tindakan oleh majikannya diatas keghairahan peghak seseorg menviral pegawai bank ni semata like, content bagai...
Quote krustykrab 5-10-2022 04:21 PM
kotakbaju replied at 5-10-2022 03:08 PM
Apa kena mngena pulak citer dlm vdeo tu dengan buh lagu aerobic   nak suruh bersenam kat situ ke ...


Sori..iols nk taip lagu arab...tah camna blh tertaip arobik pulak
Quote krustykrab 5-10-2022 04:24 PM
Mek_bulat replied at 5-10-2022 02:47 PM
I hritu bawa mak p kemaskini akaun kat maybank, smpi sblm bank buka lg, dpt parking dpn2 bank.. Masu ...

Bsn memang..harap uniform je lawa mcm pramugari..
Quote hmmlantakko 5-10-2022 05:02 PM
tingat satu ketika dulu, moyang aku jns x blh gerak sgt sbb tua susah nk gerak turun kereta bagai.. mak iols selalu bawa ke klinik di chicha ni dh lupa klinik apa. doc ni siap pergi ke kereta cucuk my moyang atas kereta. vibe sama sis. baguss doc lelaki tu. berbudi pekerti. serambi mekohh juga [em:4:]
Quote tukul 5-10-2022 05:05 PM
Naya dah ni...batak content
Quote sharlenetexas 5-10-2022 05:07 PM
krustykrab replied at 5-10-2022 04:24 PM
Bsn memang..harap uniform je lawa mcm pramugari..

Uniform batik biru dulu lawa. Sekarang baju biru plain warna pastel. Nmpk biasa2 je.


Quote acikku 5-10-2022 05:08 PM
alhamdulillah, kita mudahkan urusan orang, inshaAllah urusan kita dipermudahkan
Quote Skuau 5-10-2022 05:13 PM
lattehazelnut replied at 5-10-2022 01:31 PM
Dia ikut bank mana.. ada yg security rilex..
Ada yg ketat sgt.. bank tu bukan bapak diorg punye ikut ...

mana la kita tau kita TERlupa...kalo kita x lupa..maknanya..kita INGAT letew...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056718 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top