CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Beli Kereta Guna Duit Syiling, 15 Pekerja Gigih Kira Dari Pagi Sampai Petang Baru Siap

5-10-2022 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1765| Komen: 17

JAKARTA – Sepasang suami isteri di wilayah Jambi, Indonesia membeli sebuah kereta model Toyota Calya berharga 173 juta rupiah (RM52,743) dengan menggunakan wang syiling 1,000 rupiah (RM0.30 sen), lapor laman berita Kumparan.


Agus Riyanto dan Emilia, membawa duit syiling dengan jumlah keseluruhan 18 juta rupiah (RM5,487) menggunakan guni untuk diserahkan kepada sebuah bilik pameran Toyota.

“Sebelum ini, mereka sudah membayar wang sebanyak 150 juta rupiah (RM45,731). Bakinya dibayar menggunakan duit syiling yang berjumlah sekitar 18 juta rupiah (RM5,487),” kata seorang kakitangan bilik pameran berkenaan, Rika.


Foto: Kumparan


Menurut Rika, lebih 15 pekerja diarah untuk mengira duit syiling itu.

“Kami mengira duit itu dari pukul 11 pagi (waktu tempatan) hingga 3.30 petang (waktu tempatan),” ujarnya sambil menambah, ia merupakan kali pertama mereka bertemu dengan pelanggan yang membeli kereta menggunakan duit syiling.

Tambah Agus, duit syiling itu dikumpul selama dua tahun hasil daripada perniagaan kedai runcit mereka.

“Kami mendapat inspirasi daripada anak,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 5-10-2022 08:27 AM
ape korang ni duk dlm zaman a go go ke pun
xde ek mesin kira duit siling

btw maybank ade servis atm yg blh deposit duit siling:
https://www.hellokerja.com/2022/ ... achine-maybank.html
Quote rosedemon 5-10-2022 12:17 PM
yendon caprut yg kuban kuban dibuatnya
Quote Kitty_catz 5-10-2022 01:30 PM
berita caprut adik beradik friska terlebih  makan friskies
Quote KamikuP 5-10-2022 03:04 PM
Caprut sgt ke bank tu sampai takde mesin siling kira
Quote sharlenetexas 5-10-2022 03:06 PM
Takde mesin kira duit syiling ke?


Quote ctaz 5-10-2022 03:11 PM
tak kan la tak der mesin kira syiling....
paling bangang pun boleh je bwk pergi mana2 bank....
apekehenya
Quote tobobon 5-10-2022 03:19 PM
Edited by tobobon at 5-10-2022 03:20 PM
supernaturalee replied at 5-10-2022 08:27 AM
ape korang ni duk dlm zaman a go go ke pun
xde ek mesin kira duit siling

mesin ni unreliable chuolss....meols banyak kali pegi..setiap kali pegi either rosak, in maintenance, or kalau function pun, time masuk duit syiling tu tetiba mesin jam...sudahnya melangut tunggu pegawai maybank tu bukak mesin godek2 sikit...baru function balik...then lepas 5 minit...jam balik

cuba pegi kat time square boleh tukar syiling kat sana

lokasi lain boleh tgk kat sini:

https://mypay.com.my/coinconversion

tapi tulah meols x pasti duit masuk akaun by today or tomorrow...
Quote pekanwoohoo 5-10-2022 03:19 PM
Murah harga kereta dekat indon ye? Dekat Malaysia Toyota macam tu mahu dekat rm100k dah tu
Quote Highflyer19 5-10-2022 04:15 PM
Letih kalau semua customer mcm ni...
Quote Belibis 5-10-2022 04:31 PM
Highflyer19: Letih kalau semua customer mcm ...

Ha ha..dapat 3 orang customer macam ni,mau resign pekerja...vodo tak boleh diajar.
Quote acikku 5-10-2022 04:45 PM
gigihlah masing2 mengira duit seguni
Quote Solokkk 5-10-2022 05:25 PM
Berita caprut
Quote shida81 5-10-2022 05:38 PM
G bank tukar duit x leh ke.. Dasar
Quote che-cikL 5-10-2022 07:17 PM
5.30 jam itu, 15 org pekerja + 2 org laki bini ni blh buat lebih banyak KERJA BERPEKDAH jika seorang atau max. 2 org gi drive mana2 bank terdekat yg ada coin deposit machine.
Quote encikWawad 5-10-2022 07:29 PM
Ga punya rekening loh? Emang dasar menyusahin orang
Quote supernaturalee 6-10-2022 08:08 AM
tobobon replied at 5-10-2022 03:19 PM
mesin ni unreliable chuolss....meols banyak kali pegi..setiap kali pegi either rosak, in maintenanc ...

okey
good info




Quote cmf_almondpecan 6-10-2022 08:20 AM
Tak pasti sama ada di Indonesia ada perundangan seperti Akta Bank Negara Malaysia 1958 (yang telah dimansuhkan oleh Akta tahun 2009 kecuali Bahagian III berkenaan matawang masih terpakai). Akta ni kata kalau duit syiling 50 sen hanya boleh pakai sehingga maksimum RM10 dalam satu bayaran dan kalau syiling lain yang kurang nilainya daripada 50 sen sehingga RM2 sahaja. Tapi kalau pekedai sanggup terima, bolehlah bayar sampai beribu guna duit syiling semata.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038503 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top