CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kampung Datuk Keramat Tak Aman Warga Asing Pasang Muzik Dangdut Sampai Lewat Malam

4-10-2022 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2792| Komen: 26

"Muzik dangdut dan pelbagai muzik lain yang dipasang warga asing terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman. Saya tak kisah jika mengadakan majlis kahwin, namun tolonglah perlahankan muzik supaya tidak mengganggu orang lain," kata penduduk Kampung Datuk Keramat, di sini.


Beliau yang mahu dikenali sebagai Azman, 60, berkata, kebanyakan penduduk di situ adalah warga asing yang didakwanya sudah menguasai 80 peratus rumah sewa di penempatan strategik ibu negara iaitu hanya kira-kira 10 minit atau kira-kira 4 kilometer dari bangunan ikonik KLCC.


Gambar hiasan

Apa yang menjadi masalah, katanya, warga asing berkenaan bukan sahaja sudah membuat koloni di kawasan penempatan itu, malah turut membawa budaya dari negara asal.


"Ramai pemilik rumah sudah tidak menetap di Kampung Datuk Keramat dan ada segelintir daripadanya menyewakan rumah kepada warga asing.

"Saya rasa banyak tempat lain jadi koloni warga asing. Jadi kita (penduduk tempatan), takkan nak keluar daripada tempat kita.

"Sebagai contoh muzik dipasang terlalu kuat menyebabkan kami serba tak kena kerana tidak selesa.

"Itu budaya mereka bukan budaya kita. Saya harap pihak berkuasa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh ambil tindakan. Harapnya bukan sahaja diberikan amaran malah saman yang tinggi untuk pengajaran," katanya.

Lebih menghairankan, Azman mendakwa ada rumah sama yang mengadakan majlis perkahwinan berkali-kali dan beranggapan rumah itu mungkin membuat sewaan atau memang lokasi mengadakan majlis perkahwinan warga asing terbabit.

Katanya, setiap kali majlis diadakan bunyi bingit muzik akan berlangsung sehingga hampir lewat malam dan hanya berhenti sewaktu azan berkumandang.

"Kami pernah menghubungi polis dan sebaik polis tiba, kelantangan daripada pembesar suara akan diturunkan, tetapi ia berulang apabila polis beredar," kata anak jati ibu kota itu.

Sementara itu, Unit Kawalan Pencemaran di bawah Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat dan mengeluarkan notis sekiranya jelas bunyi bising muzik melebihi had dan timbul kacau ganggu di kawasan kediaman.

Jurucakap Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, DBKL juga akan memberikan nasihat atau amaran untuk si pelaku mengurangkan kelantangan bunyi muzik dan kompaun akan dikenakan jika keadaan masih berlarutan yang menunjukkan nasihat tidak diendahkan.

"Kami akan menjalankan siasatan dalam tempoh tiga hari dari tarikh aduan yang diterima dari pelbagai sumber seperti Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam Bersepadu (ISPAA), WhatsApp, e-mel, surat, media cetak, media elektronik dan sebagainya.

"Pegawai penyiasat akan turun ke lapangan bagi menyiasat dan membuat penilaian awal dengan menjalankan pengukuran bunyi bising jika aduan didapati berasas," katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, sekiranya bacaan pengukuran di lapangan melebihi paras bunyi bising yang ditetapkan dalam Garis Panduan Perancangan Untuk Had dan Kawalan Bunyi Persekitaran oleh Jabatan Alam Sekitar, Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82 dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dikeluarkan.

Menurutnya, notis itu mengkehendaki pihak yang menimbulkan kacau ganggu mengambil langkah atau tindakan untuk menghapuskan kacau ganggu dalam tempoh ditetapkan iaitu tujuh hingga 14 hari.

"Siasatan susulan akan dilakukan setelah notis tamat tempoh. Sekiranya masih terdapat kacau ganggu, kompaun akan dikenakan mengikut Seksyen 82(5) dalam akta yang sama," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 4-10-2022 09:09 PM
Merata2 dah pendatang. Melesia pn dah xaman. Ni saravanan nk bwk masuk lg sejuta. Bodo
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 09:11 PM
Buat pengukuran bunyi apo lah lagi dek.

Ni bukan zaman Mat Kilau wei. Kalau org report call polis hantar la officer..tu ada proof visual dan sound pun setakat warning tak jalan… denda pun 100rm je lah. Tu yg ramai pindah. Masaalahnya undang2 tak ketat. Penguatkuasaan lemah. Flat dan condo pun sama je..sampai keldai dadah/scammer sewa buat ofis….apo?!!!!
Quote Skuau 4-10-2022 09:13 PM
masyuk...masyuk...masyuk...
Quote cashewnut 4-10-2022 09:13 PM
Cari n tangkap je le kalau pati gerenti dalam satu rumah ada pati sedara mara depa.
Quote ctaz 4-10-2022 09:13 PM
mcam dah kenyang jer penguatkuasa...
Quote FOTHER-MUCKER 4-10-2022 09:15 PM
Sekarang baru kau rasakan seperti mana bangsa Indian dan chinese rasakan.
Quote Skuau 4-10-2022 09:16 PM
Apabila orng tempatan suka 'mengalah'...dapat la akibatnya..camni.
Quote Skuau 4-10-2022 09:17 PM
Edited by Skuau at 4-10-2022 09:18 PM
FOTHER-MUCKER replied at 4-10-2022 09:15 PM
Sekarang baru kau rasakan seperti mana bangsa Indian dan chinese rasakan.


'ditindas di bumi sendiri oleh pendatang Melayu dan bumi'???
Quote VespaSilbe 4-10-2022 09:19 PM
Umah sedara iols jalan muat2 satu kereta.. nak parking pun tadak.. penuh rumah kongsi.. bau sampah semerbak
Quote batu kikir 4-10-2022 09:19 PM
Melayu memang bodoh.  Ada aset paling berharga...... biarkan orang asing bermaharajalela.  Lepas tu pergi dok tinggal Section 30 Shah Alam......bila banjir pot pet lagi.  Melayu bodoh
Quote rospinki 4-10-2022 09:34 PM
Geng piska
Quote namieamuro 4-10-2022 10:16 PM
Edited by namieamuro at 5-10-2022 11:16 AM

situ mmg kwsn geng piska bersepah2. pulis pn malas agaknye sbb tau kwsn tu mcmmane. pdn muke korg2 yg bg muke kt pendatang.

bwk masok lagi dan lagi wargeasing ni. dh selesa kt sini. tak reti balik dh lps tu.
Quote jazaa100 4-10-2022 10:49 PM
Indon kenduri kawin 3hari 3mlm
Quote Mary_jane 4-10-2022 10:56 PM
Sesuai dok dalam hutan je manusia sebegini. Ntah2 haiwan buas pun berkeliaran lari.
Quote liton 4-10-2022 11:25 PM
Keramatntu mmg lubuk indon. Jgn lupa, tahfiz yg kena bakar tu pun kat Keramat, angkara anak-anak indon , tapi anak-anak setan tu semua ic biru .
Quote swimswim 5-10-2022 03:55 AM
FOTHER-MUCKER: Sekarang baru kau rasakan sepe ...
balik negara sendiri kalau nk rasa aman
Quote rogayahtop 5-10-2022 06:54 AM
Memang selalunya pemilik rumah takkan kisah pun penyewa jenis apa. Nak2 kalau melayu tamak beli rumah sana sini nak jadi kaya. ada deposit, beli rumah, lepas tu sewa je lah takda fikir pasal jiran2 pun.

Kalau taman akak pun dekat tiap2 weekend ada rumah jadi wedding hall, mcmlah taman besar sgt nak buat wedding tp pemilik rumah pun mmg spesis selfish. kitorang jiran2 ni pekakkan telinga je, nak butakan mata mmg tak boleh pasal mmg menyemak, dr parking merata2 sampai la khemah suka2 hati je pasang.

satu lg sewakan dkt family kelly anak beranak tok nenek sepupu makcik semua duduk satu rumah mcm2 problem, owner pun melayu jugak.
Quote saviour_09 5-10-2022 09:05 AM
mana gangster2 kampung2 melayu area kl tu?

dah kecut telur ke

gi la gegar takkan biar je org luar buat onar
Quote Zazama 5-10-2022 09:18 AM
...muzik hanya berhenti bila azan berkumandang... Aduhai! ! Ini memang over!!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.131958 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top