CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cekik Kekasih Sampai Mati Lepas Rogol, Mayat Separuh Bogel Ditanam Belakang Rumah

4-10-2022 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1740| Komen: 7

Mayat seorang gadis ditemukan ditanam di perkarangan sebuah rumah, pada Jumaat lalu.

Mangsa berusia 17 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 20 September, lapor Kompas.



Polres Temanggung, Jawa Tengah, memberikan keterangan berhubung kes pembunuhan seorang gadis. foto KOMPAS.COM/IKA FITRIANA

Mayat mangsa ditemui di Kampung Campurejo di Tretep di Temanggung, Jawa Tengah di Indonesia.

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian, mendapati tangan mangsa diikat dengan kain, dan badannya menghadap ke bawah.


Mangsa yang masih di bawah umur juga ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua polis Temanggung, AKBP Agus Puryadi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh oleh kekasihnya di sebuh rumah berdekatan dengan lokasi kejadian.

"Kain cadar (suspek) diambil dari rumah kosong iaitu rumah datuk suspek digunakan untuk menutup mangsa dan ditanam di belakang rumah.

"Kita menerima maklumat daripada penduduk bahawa terdapat tubuh manusia tertanam di belakang sebuah rumah," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Agus berkata, hasil siasatan mendapati suspek nekad membunuh mangsa kerana tidak mahu bertanggungjawab selepas melakukan hubungan intim.

"Kejadian bermula pada 20 September apabila suspek membawa mangsa ke rumah, berbual sambil meminum sejenis arak sebelum suspek merogol mangsa," katanya.

Kemudian berlaku pertengkaran selepas mangsa berasa ragu-ragu dengan suspek untuk bertanggungjawab sekiranya hamil.

Tambah beliau, suspek bertindak mencekik mangsa sehingga tidak bernyawa sebelum menanamnya di belakang rumah.

"Laporan kehilangan mangsa membuatkan suspek takut lalu bertindak menjual telefon bimbit milik mangsa," katanya.

Menurut Agus, suspek berdepan dengan pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 4-10-2022 09:02 PM
Dah rogol bunuh plk tu.....cuma 15 thn je jail?
Quote Belibis 4-10-2022 09:20 PM
Firenzza replied at 4-10-2022 09:02 PM
Dah rogol bunuh plk tu.....cuma 15 thn je jail?

Biar friska yang tolong jawab sis..
Quote CiliPadiSedap 4-10-2022 11:53 PM
Kalau friska berani jawab, kaka marker pen kening vokuru
Quote imransulaiman 5-10-2022 05:34 AM
OT sikit:- korang pernah tak - mimpi bunuh orang dan feel dia macam sangat real sampaikan korang cakap - ya Allah, mimpilah mimpilah mimpilah janganlah real! Dan korang terbangun rasa lega tapi masih seram [em:7:]
Quote antikorok 5-10-2022 03:53 PM
Isu negara sendirik pun bersepah lagi maha dahsyat, sebokkk nak bukak benang pasal orang negara ni. Take note yahhhh forumner ndak ndak. Gitohhhhhhh!
Quote margo20 5-10-2022 04:03 PM
Betul betul hardcore ni tak takut ke mayat tu jd sundel bolong cekik dia balik
Quote star_karat 5-10-2022 04:13 PM
Dah habis main, love2 semua hilang. Terus argue. Bertekak. Kena pulak bir. Setan cucuk jer.
Rasa ramai jer lepas main bergaduh pulak. Orang  dah kawin pun sama.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.160953 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top