CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Gelap Dikerat, Ditanam Di Lebuh Raya Kerana Cemburu

4-10-2022 08:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 845| Komen: 1

Seorang lelaki di Thailand mengaku membunuh kekasih gelapnya dan mengerat anggota badan mangsa sebelum menanamnya di kawasan sebuah lebuh raya di Bangkok, lapor portal berita Coconuts semalam.


Charnwit ‘Don’ Wongsahak, 35, ditahan Ahad lalu kerana disyaki membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya, Oranan ‘Phim’ Narathorn, 30, di sebuah kondominium di wilayah Samut Prakan.


Charnwit bercakap dengan Surachet selepas ditahan Ahad lalu. – Balai Polis Samrong Nuea

Suspek mengaku mengerat Oranan kepada tujuh bahagian dan memasukkan mayat wanita itu ke dalam dua beg berwarna hitam yang ditanam di Jalan Prasert Manukij di bawah Lebuh Raya Chalong Rat.


Menurut laporan, pegawai polis di Samrong Nuea dimaklumkan oleh seorang pembantu rumah yang pergi ke sebuah unit kondominium untuk membersihkannya Sabtu lalu.

Menurut wanita tersebut, dia menghidu bau darah selain paip di bilik mandi tidak ditutup yang menyebabkannya mengesyaki berlakunya pembunuhan di situ.

Pada keesokan harinya, pihak berkuasa yang tiba untuk menggeledah rumah tersebut menemui Charnwit dalam keadaan tenang dan mengaku bahawa dia membunuh Oranan.

Menurut suspek, mereka berdua bekerja dalam bidang hartanah dan sering bertemu di unit kondominium tersebut untuk melepaskan hawa nafsu kerana dia telah berkahwin dengan wanita lain selama lima tahun.

Tambah suspek, mereka sering bertengkar kerana Oranan enggan mengakui hubungan mereka,  yang membuatkan dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain juga.

Pada Rabu lalu, mereka bertengkar sebelum Charnwit membelasah mangsa sehingga mati. Dia turut tinggal bersama mayat wanita itu semalaman, sebelum keluar membeli kapak, pisau dan gergaji keesokan harinya untuk mengerat badan Oranan.

Leftenan Jeneral Polis Diraja Thailand, Surachet “Big Joke” Hakpan berkata, suspek mengaku membunuh dan akan disoal siasat secara rasmi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 4-10-2022 09:52 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang kemanusiaan...

Teringat pantun lama..

Rama2 terbang melayang,
Terbang melayang diwaktu senja,
Mengapa org bunuh org,
Sungguh jahat org itu....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.248888 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top