CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Suspek Mengaku Tengok Bapa Dera Mangsa Sampai Maut

4-10-2022 08:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1840| Komen: 3

Proses bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang disyaki mati didera, kelmarin, berjaya mengesan tanda-tanda cedera termasuk lebam di seluruh anggota badannya.


Bagaimanapun, laporan penuh hasil bedah siasat itu masih belum diperoleh sekali gus belum dapat menentukan punca sebenar kematian kanak-kanak terbabit.


Gambar hiasan

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa itu sudah selesai dijalankan dan laporan awal mendapati ada elemen penderaan seperti yang didakwa.

Malah, katanya, anak kepada suspek dalam kes itu juga ada mengakui melihat bapa mereka yang berusia 28 tahun itu melakukan penderaan ke atas mangsa yang maut.


"Mengenai perkembangan kes dera semalam, bedah siasat sudah dijalankan, tetapi kita masih menunggu laporan lengkap dari makmal forensik dan keputusan itu belum dapat.

"Terdapat beberapa kesan dipercayai akibat penderaan yang dapat dikesan ketika bedah siasat dibuat, tetapi perinciannya kita masih menunggu keputusan makmal.

"Ketika bertanyakan kepada anak suspek di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) pula, anak suspek ada beritahu nampak bapa mereka (suspek) lakukan penderaan kepada mangsa," katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Pada masa sama, Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut ke atas dakwaan keluarga mangsa yang memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa adik lelaki kepada mangsa yang berusia setahun, turut mempunyai kesan cedera.

"Mengenai dakwaan mengatakan adik mangsa turut didera, kita baharu menerima maklumat dan akan mengambil tindakan untuk membawa kanak-kanak itu ke CIC untuk mendapatkan informasi. Tentang dia cedera atau tidak, kita masih belum dapat pastikan," katanya.

Terdahulu, suspek lelaki yang juga jurujual kenderaan dan pembantu rumahnya iaitu wanita warga Indonesia berusia 40 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Kamarul Zaman menyaksikan penyerahan tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Johor antara Datuk Khaw Kok Chin dan Deputi Komisioner M Kumar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 5-10-2022 11:51 AM
Pengajaran pada parents out there, both priorities kerja dua tempat berlainan, anak serah pada orang, end up mati.
Quote gorjeous 5-10-2022 12:20 PM
sian sangat dgn budak kecik yg kena dera.. nape la takde hati perut!!!
Quote Drmu 5-10-2022 12:22 PM
Jahatnyaa lah yg dera budak2 ni..risau psikology anak dia tu. Harap xde pape lah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036623 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top