Selepas dikritik hebat netizen gara-gara tindakkan membuat video prank yang melibatkan pihak polis, pasangan selebriti sensasi Indonesia, Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram pada Isnin.
Menerusi video berdurasi hampir empat minit itu, Baim memaklumkan, dia dan isteri telah hadir ke Balai Polis Kebayoran Lama Jakarta Selatan bagi memohon maaf kepada para petugas di sana. Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka video prank tersebut bakal mencalarkan imej pihak berkuasa Indonesia.
“Video yang anda saksikan tadi merupakan permohonan maaf saya kepada pihak polis di balai polis yang telah saya hadiri. Saya minta maaf. “Seharian juga saya berfikir, apa yang telah saya lalukan dan kongsikan itu, saya sendiri tak terfikir akan mendapat kesan seperti ini. Ternyata banyak pihak telah menerima kesan daripada perbuatan saya ini terutamanya institusi kepolisan,” katanya. Jelas pelakon filem Laila Majnun ini lagi, pada awalnya, dia tidak merasakan tindakkannya itu salah memandangkan dia mempunyai hubungan yang baik dengan pihak polis di balai tersebut. “Saya ingatkan, saya memang dah kenal sangat dengan pihak polis di sini kerana mereka pernah berjasa dengan saya ketika menangkap pencuri motosikal saya sebelum ini. Hubungan saya dengan pihak polis di sini juga baik. Saya juga selalu singgah ke balai untuk bertanyakan khabar. “Saya fikir, bila hubungan kami sudah rapat seperti ini, kami boleh melakukan hal sedemikian. Ternyata tindakkan kami itu salah kerana pada pandangan orang luar mereka tetap pihak berkuasa. Saya akui kesilapan saya dan telah memohon maaf secara langsung. “Semoga mereka tidak dipersalahkan kerana yang salah adalah daripada pihak saya,” ujarnya lagi.
|
Pak.dolla replied at 5-10-2022 03:16 PM
Baim ni boleh dipenjara selama 12 thn sbb buat laopran palsu...dkt ig baim dan paula ramai kutuk...
...
Patut la sebelum² ni ramai retis pompuan rejek si baim ni...
tikusmontok replied at 5-10-2022 11:42 PM
Termasuk elpira..mayb masa tu dah nampak kebodohan beraim
ADVERTISEMENT