Semua tahu suami Ain Edruce, Amirul Hafiz Mustaffa selalu selamba je muka,jarang menunjukkan ekspresi kepada orang ramai.
Riak wajah spontan suami pelakon jelita itu sering mendapat perhatian ramai kerana sukar untuk memberi senyuman apabila Ain membuat content bersamanya. Berbeza dengan video baru-baru ini, Amirul dilihat tersenyum lebar ketika membuat cabaran di TikTok. Dalam video itu, Ain dipeluk dari belakang oleh suaminya untuk membuat content yang menjadi trend bersama anak sulung perempuan mereka, Soraya.
Apa yang menarik perhatian netizen, Amirul menunjukkan reaksi wajah yang luar daripada kebiasaan dimana dia tersenyum lebar saat mendukung isterinya itu. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka apabila dapat melihat suami kepada pelakon itu memberikan senyuman yang begitu ikhlas buat pertama kalinya. -CARI |
ADVERTISEMENT