CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Maut, Anak Parah Rempuh Myvi Tiba-Tiba Buat Pusingan U

4-10-2022 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1455| Komen: 6

Sungai Petani: Seorang wanita meninggal dunia manakala anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang merempuh Perodua Myvi yang tiba-tiba membuat pusingan U pada kejadian di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat sini, semalam.


Pada kemalangan jam 1.55 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu, mangsa yang membonceng motosikal meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala anaknya patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati, Perodua Myvi terbabit dipandu lelaki berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai.

Foto: Harian Metro

Kata beliau, Perodua Myvi itu datang dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak berkenaan manakala sebuah lagi kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U.

"Mangsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 4-10-2022 05:11 PM
kesiannya.. semoga si uturn dpt pembalasan..
boleh tido lena xlepas ni
Quote Skuau 4-10-2022 05:19 PM
yg pasti pemandu myvi tu tak akan dituduh membunuh...dan kes ini hanyalah kemalangan jalan raya drp perspektif/takrif undang2(jalan raya).
Quote Thunderclouds 4-10-2022 05:27 PM
Yg xleh tidur semestinya pemandu dr arah bertentangan yg xsengaja terlggr mangsa. Salam takziah.
Quote tomiko_haza 4-10-2022 05:31 PM
Thunderclouds replied at 4-10-2022 05:27 PM
Yg xleh tidur semestinya pemandu dr arah bertentangan yg xsengaja terlggr mangsa. Salam takziah.

allahu mesti trauma yg terlanggar tu.

semoga kematian si ibu dpt pembelaan..
Quote rosedemon 4-10-2022 06:47 PM
kesiannya jadi mngsa elok2 naik motor tau2 dah dalam kubur.
Quote cheezel 4-10-2022 09:00 PM
Bayar denda lepas. Setan betul pembunuh ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062990 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top