CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salah Faham Dengan Pihak Produksi, Sharul Kamal Tuntut Hak Sebagai Pelakon Utama

4-10-2022 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1620| Komen: 3

Sharul Kamal mendedahkan wujud salah faham antara dirinya dengan pihak produksi filem Seratus ketika dia ditawarkan terlibat dalam karya arahan Feroz Kader itu.


Menurut Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 26, isu tersebut bagaimanapun telah selesai selepas mereka mengadakan sesi perbincangan.

Kata Sharul, hasil perbincangan itu dia berjaya mendapatkan haknya sebagai pelakon utama filem berkenaan.

Foto: IG

"Ketika awal menerima tawaran projek ini adalah sebuah supertelefilem dan semua perjanjian mengikut yang sepatutnya. Apabila tahu ia kemudian menjadi sebuah filem ada timbul rasa berbelah bahagi dalam hati.


"Bagaimanapun bahagian saya semuanya telah selesai selepas mengadakan perbincangan. Saya minta hak saya dan pihak yang sepatutnya telah meluluskan termasuk dari segi bayaran.

"Saya menerima tawaran sebagai pelakon utama dalam filem ini jadi rasanya eloklah bersuara. Kalau sekadar penampilan istimewa mungkin boleh berdiam," katanya.

Sharul ditemui ketika majlis tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.



Sebelum ini, menerusi satu mesej yang dihantar kepada mStar, Sharul meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu projek ini diangkat sebagai filem sedangkan pihaknya tidak dimaklumkan dari awal.

Bercakap tentang filem pertama yang menampilkan dirinya sebagai pelakon utama ini, Sharul berkata ia merupakan satu cabaran besar apabila digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.

"Melihat senarai nama pelakon yang terlibat membuatkan saya rasa cuak untuk terlibat dalam projek ini. Saya sendiri tak sangka boleh memberikan yang terbaik untuk pertama kali menggalas watak utama dalam filem.

"Ramai pelakon-pelakon hebat. Ada juga rasa takut jika saya 'tenggelam'. Namun untuk watak ini tugas saya selesai dan biarlah penonton yang menilai," ujarnya.

Berkongsi tentang cabaran semasa penggambaran, Sharul yang melakonkan sendiri babak aksi juga memberitahu dia terlibat dalam satu kemalangan tanpa sengaja.



Demi memberikan yang terbaik, dia turut mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi dalam tempoh dua minggu sebelum memulakan penggambaran.

"Ada satu babak dalam filem ini sepatutnya saya hampir dilanggar, namun tanpa sengaja kemalangan betul-betul berlaku. Bagaimanapun saya masih teruskan penggambaran dan tidak mengalami kecederaan teruk.

"Kami jalankan penggambaran sepanjang bulan Ramadan tahun 2021 jadi cabarannya adalah untuk mengekalkan tenaga sepanjang tempoh berpuasa. Saya juga mengikuti kelas lakonan sebelum mula masuk set," jelasnya.



Menarik tentang filem ini, ia menampilkan seramai 100 orang pelakon seperti Sara Ali, Fauzi Nawawi, Marissa Yasmin dan Wan Hanafi Su.

Selain itu, antara yang membuat penampilan istimewa adalah Datuk Awie, Datuk Nash, Datuk Fizz Fairuz, Ziana Zain, Nora Danish. Bell Ngasri dan ramai lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-10-2022 06:56 PM
haalah halah sapelah nak tengok ko ni
Quote Perawankota 5-10-2022 03:32 AM
Muka dia ada iras hafiz Roshdi jugak
Quote heythere123 5-10-2022 05:39 PM
Perawankota replied at 5-10-2022 03:32 AM
Muka dia ada iras hafiz Roshdi jugak

muka dia pon ada iras Jim Carrey, lagi2 watak yg dalam Lemony Snicket tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047678 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top