CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak-budak Menangis Dalam Kelas Simulasi Culik, Tapi Yang Baju Oren Tu Memang Hero!

4-10-2022 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1724| Komen: 8

Satu demi satu kes cubaan culik melibatkan pelajar sekolah dilaporkan berlaku di beberapa negeri antaranya Perak, Pahang, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.


Bagaimanapun, kenyataan polis menyebut siasatan yang dijalankan mendapati dakwaan tersebut bukan sahaja tidak berasas, malah didapati palsu dan sengaja direka pelajar terlibat.



Sahih atau palsu, ia pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Malah, ada juga pengurusan sekolah yang sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengingatkan murid tentang keselamatan diri dan mengeluarkan notifikasi untuk mengingatkan mereka akan bahaya.


Dalam satu video tular, seorang wanita berkongsi rakaman menunjukkan sekumpulan kanak-kanak diajar mengenai situasi atau helah ketika penculikan berlaku.

Menerusi rakaman itu kelihatan seorang individu yang berpakaian mencurigakan seolah-olah kelihatan seperti penculik.



Kemudian, dia menghulurkan makanan ringan atau snek sebagai umpan kepada murid sebelum cuba melarikan mereka secara paksa.

Majoriti kanak-kanak dalam video berkenaan memberikan reaksi kurang senang dengan ramai antara mereka yang menangis dan menjerit ketakutan tatkala dihampiri individu tidak dikenali.

“Bagus la mereka ajar macam ni dekat budak-budak. Mereka faham apabila tengok,” tulis wanita ini pada video di TikTok.

Perkongsian video tersebut membuka mata masyarakat kita bahawa cara yang diajarkan kepada kanak-kanak ini merupakan satu inisiatif baik daripada pihak sekolah.



Selain memberi fokus pada kesedaran disampaikan, tumpuan netizen turut teralih kepada kanak-kanak berbaju oren.

Kata netizen, kanak-kanak itu sangat berani apabila cuba melindungi setiap rakan yang menjadi ‘mangsa’ penculikan.



Walaupun tidak pasti dari mana sumber asal video tersebut, ramai warganet bersetuju agar kaedah tersebut dilakukan di sekolah di negara ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 4-10-2022 03:37 PM
Mcm kecik je lagi utk faham apa yg berlaku
Quote kaedahnya 4-10-2022 04:58 PM
yang baju oren tu macam nak terajang penculik tu tadi
Quote NazRysha 4-10-2022 04:59 PM
haha aku suka tengokyang tocang dua tu, menolak dengan baik comel hahahhah
Quote akies 4-10-2022 05:42 PM
nampak kejam..tp budak2 ni cepat tangkap apa yang bakal berlaku jika amik makanan dari stranger..
Quote Decaffeinated 4-10-2022 05:54 PM
kalau penculik sebenar rupa macam tu budak2 pun automatik takut tapi masalahnya sesetengah penculik ni baikkk...

Quote intan244 4-10-2022 07:03 PM
macam china. good education. oren tu tgk org yg rakam tu xnak tolong ke, rakam je tau haha
Quote ketambangkang 5-10-2022 09:28 AM
yg baju oren tu perlu diajar cara yg perlu dia buat sekiranya nampak kawan2 dlm situasi tu..contohnya, ajar bdk hafal no. plat kereta dan jerit minta bantuan

sebab nampak dia nak tolong tapi tak tau macamana
Quote Weller 5-10-2022 09:36 AM
kat us duk ajar macam mana nak protect diri bila ada school shooter.

guna kerusi block pintu, bullet proof bag etc

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053698 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top