CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Hantu Kancil Merah’ Dah Kena Kutip Depan Balai

4-10-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1439| Komen: 2

Kereta kancil merah yang tular di Facebook kerana didakwa dipandu secara melulu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di Masjid Tanah, berjaya diberkas pihak polis, semalam.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Balai Polis Masjid Tanah.


funtasticko.net

“Hasil pemeriksaan ke atas pemandu mendapati dia tidak mempunyai lesen selain cukai jalan keretanya juga telah tamat tempoh.

“Ujian saringan air kencing dilakukan juga menunjukkan suspek positif dadah,” katanya kepada pemberita di sini.


Hari ini tular satu hantaran di Facebook memaparkan gambar sebuah kereta kancil merah berserta kapsyen ‘Hantu Kancil Merah Wanted’ yang didakwa dipandu secara melulu sehingga mengundang keresahan penduduk setempat.

“Mengganggu ketenteraman dan jiwa manusia di jalan raya, ibarat Masjid Tanah dia punya.

“Hendak tunjuk samseng dekat jalan raya, memekak shaja ekzos tak padan Kancil. Ramai yang sedang mencari pemilik kereta ini,” tulis hantaran itu.

Kata Arshad Abu, suspek yang merupakan peniaga makanan kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 4-10-2022 03:09 PM
Kereta ini berjalan tanpa pemandu kah?
Quote kotakominami 4-10-2022 03:15 PM
Bukan kancil tu yg salah..tuan dia yg bebal

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top