Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Rek di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.53 petang dan tiba di lokasi kejadian 35 minit kemudian sebelum sembilan pegawai dan anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah lemas di kawasan tersebut. “Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota bomba dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sebelum mangsa ditemukan pada pukul 5 petang sejauh 1.5 kilometer dari lokasi akhir mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sumber: UTUSAN |
naina replied at 4-10-2022 05:47 PM
Lata rek ni aku dah beberapa kali pergi. Kitorang heran la cmne boleh lemas. Kalau jatuh boleh je na ...
ADVERTISEMENT