CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laman Web AS Jual Nombor Telefon PM Britain Pada Harga RM33

4-10-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 561| Komen: 0

Nombor telefon peribadi Perdana Menteri Liz Truss dan 25 lagi anggota Kabinet Britain didakwa boleh diperoleh di sebuah laman web Amerika Syarikat (AS) dengan langganan AS$7.25 (RM33.72) seminggu, lapor laman berita RT kelmarin.


Laman web yang tidak didedahkan itu mendakwa bahawa pihaknya menyenaraikan lebih daripada 14 bilion fail sulit menerusi data yang dicuri daripada kerajaan.


Getty Images

Selain nombor telefon peribadi hampir keseluruhan menteri Kabinet Britain, laman web itu dilaporkan turut menawarkan alamat e-mel, kata laluan dan maklumat peribadi mereka yang lain.

“Kerajaan ambil maklum mengenai kewujudan laman web berpangkalan di AS yang mengumpul butiran peribadi petugas kerajaan tetapi dikutip daripada data lama dan oleh itu kebanyakan data di laman web ini adalah tidak tepat,” kata jurucakap Pejabat Kabinet.

Bagaimanapun, akhbar Sunday Mail yang membuat pendedahan tersebut mendakwa bahawa ia telah menyemak maklumat di laman web itu dan boleh mengesahkan bahawa nombor telefon menteri, termasuk salah seorang perdana menteri adalah yang terkini.

Sunday Mail memaklumkan bahawa laman web itu didaftarkan di alamat di sebuah lokasi di Las Vegas. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.024601 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top