CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Gelojoh Dakwa Anak Diculik Tanpa Usul Periksa, 'Voice Note' Tular Tanpa Disedari

4-10-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 713| Komen: 0

Polis mengesan satu kiriman suara dimuat naik dalam aplikasi Whatsapp yang tular berkaitan cubaan culik kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telupid, di sini, sejak 28 September lalu.


Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, setakat ini, polis mengesahkan tidak ada menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.


Gambar hiasan

"Semakan sudah dibuat dengan pihak sekolah mendapati perkara itu tidak berlaku. Pihak sekolah sendiri memanggil murid yang dimaksudkan dan membuat semakan lokasi mendapati ia tidak berlaku.

"Semakan polis mendapati, pemilik suara mesej tular adalah ibu kepada murid yang tanpa usul periksa membuat pesanan di 'grup Whatsapp' keluarga, namun tular tanpa disedari," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.


Kasim berkata, polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sebelum berkongsi atau memuat naik berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.025270 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top