CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket Pekerjaan,Pemerdagangan Manusia: 90 Rakyat Malaysia Akan Dibawa Pulang, 88 Lagi Masih Dikesan

4-10-2022 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 744| Komen: 5

KUALA LUMPUR – Sehingga September lalu, terdapat 90 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia kini sedang dalam proses dibawa pulang.


Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 171 orang telah selamat dibawa pulang manakala baki 88 orang lagi masih sedang dikesan.


Gambar Hiasan

“Perwakilan-perwakilan Malaysia di empat negara yang terlibat, iaitu Kemboja, Myanmar, Laos, dan Thailand, akan terus bekerjasama dengan kerajaan negara terlibat bertujuan pengesanan dan penyelamatan mangsa yang masih di bawah kawalan sindiket.

“Tindakan yang diambil Perwakilan Malaysia termasuklah mendapatkan bantuan dan kerjasama pihak kerajaan negara terbabit, mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang terlibat bagi mengesan dan menyelamat, serta memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi membolehkan mereka pulang dengan selamat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang ingin tahu langkah kerajaan membantu warganegara Malaysia yang telah ditipu dan diculik oleh sindiket penipuan pekerjaan terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, angka rasmi mangsa ketika ini telah mencecah 349 orang, termasuk yang sedang dikesan berdasarkan laporan dan aduan dari waris.

Beliau berkata, majoriti mangsa terpedaya dengan sindiket tersebut setelah dijanjikan pelbagai kemewahan dan gaji besar, termasuk ada yang pergi bercuti namun terjerat dengan sindiket tersebut.

“Namun ada juga segelintir tidak mahu balik. Mengapa itu saya tidak dapat ceritakan. Tapi kita sentiasa nasihat rakyat Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga sudah mula mengadakan pesanan supaya rakyat Malaysia jangan mudah terpengaruh.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 4-10-2022 02:41 PM
Dengar pengakuan mangsa² nie kebanyakkan kena pancing oleh orang yang dikenali juga!!! Jahat betul
Quote cmf_PariS 4-10-2022 03:33 PM
yg rela pegi pun ramaiiiii
Quote ekselen 4-10-2022 03:51 PM
Pegi la lg ramai2..pastu dah kena scam menyusahkan org nk kena carik bwk balik sume... Kat malaysia ni mcm teruk sgt layanan sampai kena pegi carik keja kt negara2 komunis scammer bagai... Br ni aku gi kedai tepon...tokei kedai tu bangla ye.. Nk tukar screen protector.. Memula dia carik2 model yg aku nk takde, pastu suruh sorg perempuan mungkin pembantu atau gf dia (org malaysia) pegi ambik kat satu lg kedai area situ jgk... Aku tanya dia amik kat mana? Dia ckp itu kedai depan.. Sy punya kedai jgk... Tgkla org luar asal negara xbrp maju tu dtg sini jadik tokei bkn 1 kedai je...malahan 2 ye... Yg org malaysia gigih pegi carik keja negara2 dunia ke3.. Sapa yg bodoh skrg ni?
Quote rosedemon 4-10-2022 06:45 PM
tula komer suka sgt la terpedaya mujur tak mati
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 08:55 PM
Malaysia tidak ada krisis ekonomi- Zafrul

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044814 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top