Seorang wanita buntu apabila suaminya mempunyai skandal di tempat kerja, malah dia telah memberi peringatan kepada perempuan tersebut, namun tidak diendahkan.
Menerusi luahan hati seorang pengguna pada Facebook Peguam Kebajikan, wanita yang tidak dikenali identiti itu memberitahu, pada mulanya suaminya berkawan dengan seorang kakitangan wanita di tempat kerja. “Mereka berkawan rapat dalam sebulan. Mula-mula perempuan itu tidak tahu suami saya ini berstatus suami orang dan di sini, memang silap suami sebab tidak beritahu hal sebenar. “Selepas saya dapat tahu, saya hubungi perempuan itu serta beritahu hal sebenar. Saya beri amaran supaya berhenti setakat ini sahaja dan dia minta maaf serta berjanji tidak akan mengganggu,” ujarnya.
Dalam pada itu, wanita itu menyangkakan hubungan kedua-dua mereka berhenti setakat itu sahaja, tetapi suaminya dan wanita tersebut tetap berhubung dan berjumpa di tempat kerja. “Cuma suami dan perempuan itu tidak mengaku dan setakat hari ini sudah masuk minggu kedua berlanjutan. Saya ada kumpul beberapa bukti,” ujarnya yang memerlukan bantuan bagi mencari jalan penyelesaian. -CARI Sumber: Kosmo
|
monreyes replied at 4-10-2022 02:59 PM
dulu seblom pdpa ni strict blh je p chk kat JPN maklumat suami kalau ada kwn keje dlm tu...that's ho ...
makita replied at 4-10-2022 03:20 PM
Klau dekat esyariah boleh check online kot somi ada mohon poligami. Tapi itu isteri pon leh tahu k ...
monreyes replied at 4-10-2022 03:26 PM
kalau dia ada minta izin tau lah kot..ni ntah kat mana menikah..know2 dah tercret 2 ketoi
makita replied at 4-10-2022 03:20 PM
Klau dekat esyariah boleh check online kot somi ada mohon poligami. Tapi itu isteri pon leh tahu k ...
ADVERTISEMENT