Baru-baru ini tular di TikTok memaparkan dua gambar ejen kosmetik, Azi yang menjadi mangsa culik angkara perbuatan suaminya sendiri.
Menerusi perkongsian pengguna dikenali @bajetcun, dua gambar berbeza ejen kosmetik kelihatan berbeza sehingga menjadi perhatian warganet. Gambar sebelah kiri merupakan gambaran yang diwar-warkan kepada orang ramai mengenai berita orang hilang. Manakala, gambar sebelah kanan adalah wajah sebenarnya. Pengguna tersebut turut menulis kapsyen yang dilihat seakan-akan ‘mempersendakan’ wajah sebenar ejen kosmetik yang dijumpai oleh pihak berkuasa negara Thailand.
“Harap semua yang memakai filter mengambil ia sebagai iktibar. Macam mana polis Thailand nak kenal mangsa culik kalau gambar yang diberikan adalah seperti itu (kiri). Nasib baik lelaki dia kenal (emoji gelak),”tulisnya. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai tak sangka melihat wajah sebenar ejen kosmetik yang dikongsikan oleh pengguna tersebut. Rata-rata mengatakan kemungkinan mangsa lambat ditemui oleh pihak berkuasa adalah disebabkan gambar digunakan sebagai ‘orang hilang’ tidak sama dengan wajah ‘realiti’. Bagaimanapun, ada yang berpendapat gambar sebelah kanan itu adalah wajah lama sebelum penampilannya berubah selari dengan peredaran zaman. Malah ada yang mengatakan ia adalah normal memandangkan wanita tersebut menjual produk kosmetik dan kecantikan. Sementara itu ramai meluahkan kesyukuran kerana ejen kosmetik itu selamat ditemui oleh pihak berkuasa dan tidak kisah rupa sebenar wanita tersebut kerana ia tidak penting pun. Terdahulu, ejen kosmetik dilaporkan selamat dijumpai. Ia berikutan lokasi kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. -CARI |
R2D2: tak mkn saman Wartawan CARImelainkan SMOD, MOD ambil tindakankalau tak, berterusan la perangai buka tajuk sama tapi lewattttttttttttttttttnama je war ...
ADVERTISEMENT