CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Perangai L*h*nat T20 Ni,Rumah Besar Tapi Nak Makan Free!"- Rider Bengang, Dah Hantar Tapi Dapat Aduan Makanan Tak Sampai

4-10-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5390| Komen: 71

Seringkali kita dengar penghantar makanan atau food rider menjadi mangsa tipu helah atau prank yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Tindakan cubaan menipu mereka demi kepentingan masing-masing tanpa memikirkan kepenatan dan kepayahan golongan rider ini cukup tidak bermoral.

Sebagaimana dikongsian dalam Grup B40 Buat Perangai Apa Harini di Facebook oleh seorang lelaki yang bekerja dalam industri tersebut, dia menceritakan mengenai pengalaman berdepan dengan pelanggan daripada golongan kaya yang dilabel sebagai T20.

Foto: mStar Online


Jelasnya, dia berdepan kes tuduhan kononnya makanan yang dipesan tidak dihantar dan pelanggan cuba mendapatkan bayaran balik bagi pesanan dibuat.


“Hari ni aku bukan nak cerita fasal B40 (Below 40), tetapi T20.

“Aku hanya rider food saja. Dah dua hingga tiga kali terjadi apabila aku sampai rumah customer, call tak jawab, tekan loceng tak buka pintu. Alih-alih dapat aduan kononnya makanan tak sampai,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Namun, demi tidak mahu perkara sama berulang, lelaki ini berkongsi kisah bagaimana dia berjaya mengatasi masalah diperdaya oleh pelanggan yang melakukan helah bagi mendapatkan makanan percuma.




“Ada hari tu saya dapat job hantar makanan Korea (hidangan makanan ala Korea) ke Mont Kiara. Rumah kawasan orang ada-ada (golongan berada).

“Sampai saja depan rumah dia, saya telefon dua hingga tiga kali tak dijawab, tekan loceng tak buka pintu tapi saya perasan ada orang mengintai daripada langsir.

“Saya letak makanan atas tembok pagar dan saya tahu dah modus operandi si T20 ni nak makanan free. Saya start motosikal jalan depan sikit dan berhenti bawah pokok.

“Dalam tiga hingga empat minit keluar tuan rumah tu. Ambil makanan atas tembok sambil saya merakam dengan handset,” katanya lagi.

Sangkaan lelaki ini tidak meleset apabila selang 40 minit kemudian, dia menerima panggilan daripada wakil khidmat pelanggan syarikat penghantar makanan.

Dalam aduan tersebut, pelanggan ini menyatakan bahawa makanan dipesan tidak diterima.

Bukan itu sahaja, pelanggan ini turut meminta pulangan wang sebanyak RM100 sebagai ganti.

“Saya bagi gambar nombor rumah dan makanan yang saya letak tadi kepada customer service. Pelanggan masih mempertahankan bahawa dia tak terima makanan tu.

“Akhirnya saya bagi bukti video pula. Barulah dia mengaku kononnya lupa padahal dah masuk perut, jadi tahi dah makanan tu.

“Tanyalah rider food e-hailing mesti pernah terkena. Bagi by hand pun boleh report kata makanan tak sampai. Yang tak bijak tak ambil gambar masa serah tu memang kenalah,” ceritanya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang tidak menyangka bahawa adanya insan sedemikian rupa.

Bagaimanapun terdapat warga maya turut menyatakan bahawa perilaku seperti itu tidak semestinya berlaku kepada golongan T20 sahaja.

“Bab makan ni kalau orang miskin pun order boleh bayar, tak kan orang berduit pun sampai sengkek nak makan buta saja.

“T20 kadang-kadang tak kisah, janji dia untung. B40 pun ada yang perangai macam tu. Kena ingatlah sama tentang halal haram.

“Sebenarnya bukan M40, T20 or B40. Tapi individu itu sendiri yang tak ukur baju badan sendiri. Lepas tu salahkan rider gara-gara nak makan free.

"Kepada rider food, dah hantar, minta izin untuk ambil video atau gambar sebagai bukti penyerahan pesanan. Kalau tak naya kena potong gaji,” komen netizen pada hantaran asal. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 4-10-2022 12:49 PM
Bangsa apa itu?
Terukkk nya perangai
Quote intan244 4-10-2022 01:21 PM
seburuk buruk perangai. mungkin org yg x percaya adanya alam keadilan. malunya la kalau aib semua org tgk nnt.
Quote shernazz 4-10-2022 01:47 PM
Pelahap sungguh....
Mmg.patut riders semua kena.snap.la.gambo.makanan...
Kalau dpt org gini mmg.kena pantau.dari jauh...
Buat malu je...pelahap
Quote monreyes 4-10-2022 01:51 PM
aritu rider xde kot..tapi FP update mekdi sebok n lambat..bila mknn sampai sejukkk dah..ais cair..air tawar...aku komplen dapat full refund
Quote Samerosie 4-10-2022 01:55 PM
Riders kat belah2 sini pulak selalu hantar salah rumah sebab tak baca alamat betul2.  I sampai tempat signage alamat lekat tepi gate pun gi hantar rumah orang lain.  Beli extra doorbell lekat depan gate takut dia picit bell bawah tak dengar, letak bakul gantung kat gate pun ada gak yg hampeh. Lepas tu siap snapshot gambar rumah tapi bukan rumah I.  hahahaha
Quote Nnasda53 4-10-2022 02:05 PM
Yang haram hanyalah vavi
Quote saviour_09 4-10-2022 02:07 PM
tu sebab depa t20

kedekut macam syaitooonnn
Quote s@s@ 4-10-2022 02:39 PM
entah2 maid t20 yg buat perangai macam tu
Quote babelina 4-10-2022 02:41 PM
monreyes replied at 4-10-2022 01:51 PM
aritu rider xde kot..tapi FP update mekdi sebok n lambat..bila mknn sampai sejukkk dah..ais cair..ai ...

aku kna order mcd.. dpt bkn sprite air kosong.. complain.. dpt juga refund
Quote lattehazelnut 4-10-2022 02:50 PM
Mmg kne tangkap gambar kalau hang main letak je..
Quote bungarose 4-10-2022 02:52 PM
Memalukan peel mencuri makanan dan mencuri hak orang
Kalau tak mampu, mintak ler sedekah makanan, ramai bley tolong
Quote monreyes 4-10-2022 02:53 PM
Samerosie replied at 4-10-2022 01:55 PM
Riders kat belah2 sini pulak selalu hantar salah rumah sebab tak baca alamat betul2.  I sampai tempa ...

kadang2 siap tulis depan gate ada kete bla bla...ada jemur tikar la..comforter la..tetap kau pergi rumah org lain..pastu terjerit2 la panggil dorang...letih aku..kalau sesekali tu lain lah ..ni selalu sangat salah rumah...bila 3-4 mins nak sampai dah kena standby kat luar...kekadang nmpk rider aku main panggil je..rupanya bkn aku pny...hihi
Quote monreyes 4-10-2022 02:54 PM
babelina replied at 4-10-2022 02:41 PM
aku kna order mcd.. dpt bkn sprite air kosong.. complain.. dpt juga refund

snap je gmbr kalau tumpah ke x cukup ke..fast food mmg lahanat sikit..
Quote vee_zara 4-10-2022 05:15 PM
Aritu kes i, makanan dah delivered pastu tgok kat proof of delivery gambar tak jelas langsung. Mcm sengaja ambil in hurry supaya gambar blur. I terus report kat FP then FP cancelled the order pastu 20 minit lps tu ada rider hantar my order without saying or tekan hon or loceng rumah, letak terus blah.
Quote ifanonline 4-10-2022 05:20 PM
berhenti la guna foodpanda, grab bagai ni...yg untung adalah cina juga
Quote Cokoro 4-10-2022 05:26 PM
Pnh masa puasa hritu tak dpt mknn. Dia kata dh deliver. Sedihh wehh masatu. Bru berangan nk buka puasa mkn sedap2. Hrp fp tu kenyanglah mkn mknn org lain
Quote Suchi 4-10-2022 05:27 PM
Bukan nak cakap pe laa mmg T20 umah besar gedabak ni mmg pekak ke bila org dtg umah, tula umah besar sgt duk plak kat belah2 belakang org duk tekan loceng berkali2 pun tak reti2 nk kuar.
Iols penah kena ya masa tu dia order kek or kukis ngn iols ni kisah sblm pandemik laa.
Dah la susah nak cari umah dia tu pusing2 gak la satu taman tu mencari.
Bila dah sampai call tak angkat, mesej tak balas kita tekan bell kat berkali2 pun tak dengar.
Letih laa gini kalau tak kenang tu acik2 nak je iols memaki.
Jenis2 camni lenkali ko dtg sendiri umah aku ya amik mknn tp rasanya sejenis akan sidai gak kita kt umah ni. Kata nk dtg kul 5pm tau2 kul 9pm pun tak sampai2.
Sudahnya ko pun takleh kemana sbb nunggu customer amik order dia.
Quote dekmieDandy 4-10-2022 05:29 PM
Samerosie replied at 4-10-2022 01:55 PM
Riders kat belah2 sini pulak selalu hantar salah rumah sebab tak baca alamat betul2.  I sampai tempa ...

kalau kes ni camne.? dapat refund jugak ke
Quote Samerosie 4-10-2022 06:31 PM
dekmieDandy replied at 4-10-2022 05:29 PM
kalau kes ni camne.? dapat refund jugak ke

Yg last time kena dapat, sebab dia kata dah delivered siap gambar rumah la konon, sekali bukan rumah iols.  Tak tau la rumah sapa kalau jiran2 boleh le gi mintak.  So masa chat dgn cs dia, memang kaw kaw kena maki lah orang tu.  Tapi FP cs ni kau maki ke kau nak mati kebulur tergolek jatuh longkang ke rumah kau terbakar je kau tercall derang instead of bomba ke, cara dia jawab semua sama tak de perasaan, "I understand your frustration...." katanya.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043800 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top