CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Zafrul Tegaskan Malaysia Tidak Menuju Sebarang Krisis Ekonomi

4-10-2022 05:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2505| Komen: 30|Original author: Tatod

Sumber Bernama


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa Malaysia tidak berhadapan atau menuju ke arah sebarang krisis ekonomi atau kewangan walaupun negara dilanda beberapa cabaran berpunca faktor luaran yang berada di luar kawalan kerajaan.

Bernama melaporkan, beliau berkata, keadaan ekonomi negara kini amat jauh berbeza dengan keadaan ketika krisis kewangan Asia pada 1997 dan 1998.

"Asas-asas ekonomi dan sistem kewangan Malaysia kini jauh berbeza," katanya ketika menjawab pertanyaan menteri semasa persidangan Dewan Rakyat.


Tengku Zafrul berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai ( DAP- Bukit Bendera) yang ingin tahu sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk berikutan nilai ringgit menjuman berbanding dolar Amerika Syarikat, kadar inflasi kian genting serta hutang kerajaan Persekutuan yang meruncing.

Menjelaskan perkara itu, kata beliau, hal itu berikutan pelbagai pembaharuan ekonomi dan kewangan yang dilaksanakan susulan krisis kewangan Asia, seperti struktur ekonomi domestik yang lebih pelbagai, disokong oleh sistem kewangan yang bermodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh.

"Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi dan kita mempunyai lebihan akaun semasa, didorong oleh eksport yang pelbagai," katanya.

Setakat ini bagi 2022, akaun semasa kekal positif dengan jumlah RM3.0 bilion pada suku pertama dan RM4.4 bilion pada suku kedua.

Ekonomi menguncup sebanyak -7.4 peratus semasa krisis kewangan Asia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup -1.5 peratus semasa krisis kewangan global serta menguncup -5.5 peratus di puncak krisis Covid-19

"Jika diimbas kembali mata wang kita telah jatuh hampir 54 peratus pada 1997 dengan kadar terendah sehingga RM4.88 bagi setiap US$1," katanya.

Tambahnya lagi, negara juga mengalami defisit akaun semasa pada 1997 dengan kekurangan melebihi RM16.7 bilion dan lebih 102,000 rakyat telah kehilangan pekerjaan manakala kadar inflasi melonjak kepada 6.2 peratus pada Jum 1998 bagi sepanjang krisis tersebut.

"Pada hujung 1997, Bank Negara Malaysia telah meningkatkan kadar faedah kepada 11 peratus untuk menangani penurunan ringgit dan mengawal inflasi dan mengekalkan tahap kadar faedah pada tujuh peratus menjelang hujung 1998," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 4-10-2022 06:08 PM
Amerika dah 8 persen inflation...negara2 lain pun sendu tpi Msia?.... banker jaga banker tetaplah in denial kan dek? Ko nak bohong orang Tg Karang, Sekinchan boleh la wei.

Kalau tak panic kenapa BN naikkan OPR? Bakal MB baru Selangor katanye..salam takziah in advance!
Quote Kitty_catz 4-10-2022 06:09 PM
Kak-Rohana replied at 4-10-2022 06:08 PM
Amerika dah 8 persen inflation...negara2 lain pun sendu tpi Msia?.... banker jaga banker tetaplah in ...

kak rohana ni kemboo kak normabaru keeewwww


Quote Kak-Rohana 4-10-2022 06:11 PM
Kitty_catz replied at 4-10-2022 06:09 PM
kak rohana ni kemboo kak normabaru keeewwww

Norman Baru tu dah kena banned lama dah dek. Mulut jahat...backstabbing forummers/tikam belakang, batu api etc. Cer ko tanye si Stinger....musuh tradisi gitchew.
Quote Kitty_catz 4-10-2022 06:12 PM
Kak-Rohana replied at 4-10-2022 06:11 PM
Norman Baru tu dah kena banned lama dah dek. Mulut jahat...backstabbing forummers/tikam belakang,  ...

bunyi mcm kak normabaru...tu yg tanya kut sheols bersalin kulit
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 06:20 PM
Kitty_catz replied at 4-10-2022 06:12 PM
bunyi mcm kak normabaru...tu yg tanya kut sheols bersalin kulit

Sorry naik lorry dek. Akak tak sebangsat dia lah. Usik2 manja kt sini sambil2 kupas bawang adalah.
Not my style dek nak ber DM dengan korang... cam stokis2 inai kaler terkepit terkepit pintu la pulek.

Quote casper2022 4-10-2022 07:23 PM
wow... yakin nya kamu... Tahun depan klau harga barang naik ke, org kena buang kerja  ke, kita cari Zafrul ni.
Quote Belibis 4-10-2022 07:25 PM
Ayat kaber line..taknak rakyat tertekan,sakit jantung..
Quote Kitty_catz 4-10-2022 08:32 PM
Kak-Rohana replied at 4-10-2022 06:20 PM
Sorry naik lorry dek. Akak tak sebangsat dia lah. Usik2 manja kt sini sambil2 kupas bawang adalah. ...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kak norma ni............

jgn marah, nanti kena juaiiii
Quote sharlenetexas 4-10-2022 08:34 PM
Belibis replied at 4-10-2022 07:25 PM
Ayat kaber line..taknak rakyat tertekan,sakit jantung..

Tambah lagi. Tak nak rakyat bunuh diri.


Quote Kak-Rohana 4-10-2022 08:36 PM
Kitty_catz replied at 4-10-2022 08:32 PM
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kak norma ni............

jgn marah, nanti kena juaii ...

Ko tak payah meneka dalam kesamaran sgt lah. Norma lah.. Norjuma.. Norjimak bagai…. Koser la dek!
Quote gigahertz 4-10-2022 08:39 PM
casper2022 replied at 4-10-2022 11:23 AM
wow... yakin nya kamu... Tahun depan klau harga barang naik ke, org kena buang kerja  ke, kita cari  ...

Carsome buang org
Shopee buang org
Happy fresh tutup.
Quote ninja9 4-10-2022 08:46 PM
apa yg dia kata sebagai krisis ekonomi? harga barang dah melambung-lambung jadi pada personal level,  peringkat keluarga semua dah terkesan... untuk setengah orang dah jadi krisis
Quote green~tea 4-10-2022 10:21 PM
gigahertz replied at 4-10-2022 08:39 PM
Carsome buang org
Shopee buang org
Happy fresh tutup.

Meh iols tambah

Fedex
Cimb
Hsbc
Citibank

Sure ada lagi... sure ada lagi.....
Quote casper2022 4-10-2022 10:44 PM
gigahertz replied at 4-10-2022 08:39 PM
Carsome buang org
Shopee buang org
Happy fresh tutup.

Dia ingt kita xpndai nk baca news gamaknya. World bank sndiri dh bg warning. Semua org dh tau psl kemelesan ekonomi. Ni hujung thun Msia dh nk dilanda banjir pulak. Lg dia mau sembang. Sblm2 ni dh brapa byk dana habis untuk covid. Last2 nnt berhutang lg dgn bank dunia untk cover.
Quote CiliPadiSedap 4-10-2022 10:56 PM
say hi to GST banjir besar repeat it self this year.  rupa2nya jakarta tu bakal berada paras laut bila air ombak rindu pasang
Quote gigahertz 4-10-2022 11:00 PM
casper2022 replied at 4-10-2022 02:44 PM
Dia ingt kita xpndai nk baca news gamaknya. World bank sndiri dh bg warning. Semua org dh tau psl  ...

Dia ingat kita mcm Brunei & Iran
Duit tu datang dari minyak semata.
Naik ka turun ka negara tak ada apa.
Quote Ayda89 5-10-2022 02:22 AM
Menteri yg keja nya asik berjalan sana sini. Tak guna 1 sen pun dia ni jadi menteri kewangan
Quote Sesuatu… 5-10-2022 08:10 AM
Dengar buleh, pircaya jangan.

rakyat jaga rakyat ja nowadays
Quote Firenzza 5-10-2022 08:14 AM
Mamat zaprul ni jg yg ckp RM x kan cecah 4.50 vs usd kan? Blh caye ke ckp dia kali ni? Once dh jd politaik, menipu ni mmg dh jd darah daging korang ke?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045443 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top