Ampang Jaya: Wanita yang layak digelar nenek ditahan selepas dikesan menawarkan perkhidmatan pelacuran melalui aplikasi sembang dalam talian dengan bayaran RM250.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah diketuai Asisten Superintendan Che Samsuddin Che Yusoff bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Pandan Indah, pada 8.30 malam. "Kegiatan wanita itu terbongkar atas maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis. "Turut dirampas satu paket kondom, tisu basah, telefon, wang tunai dan peralatan lain semasa serbuan bagi membantu siasatan," katanya hari ini.
Beliau berkata, tangkapan dan rampasan kemudiannya di bawa balik ke Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut. "Kes disiasat mengikut Seksyen 372b Kanun Keseksaan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Acikgomen replied at 4-10-2022 01:18 PM
Ada la jugak rega doratus sengah skali jalan
Dari penyondol yang kangkang free setakat mampu ...
Addrianna replied at 4-10-2022 01:23 PM
ya ampun apa benda lah ni
3chanceno replied at 4-10-2022 01:07 PM
Umur gini masih charge mahal gitu? ada ramai pelanggan ke boleh atau nak bayar rate tu?:di ...
Nokiaman replied at 4-10-2022 02:12 PM
Set Set like Uji rashid, Maria Arshad, ...terbabit jugak ke
ADVERTISEMENT