Memastikan kawasan perumahan selamat dan bersih pastinya menjadi keutamaan bagi masyarakat yang hidup dalam sebuah komuniti.
Malah, semua penduduk haruslah memainkan peranan seperti mempunyai sikap bertoleransi dalam memelihara dan mengekalkan kedamaian antara satu sama lain. Bagaimanapun, terdapat segelintir individu dikatakan agak mementingkan diri sendiri dengan tindakan mereka yang memberi kesan terhadap jiran tetangga lain. Begitulah situasi yang berlaku di sebuah flat perumahan seperti dikongsikan oleh wanita ini di media sosial. Dalam video itu, wanita berkenaan merakamkan situasi di tingkat bawah yang kelihatan sangat menjijikkan dengan sampah sarap. Ia dipercayai dibuang oleh penghuni fat berkenaan daripada tingkat atas. “Dasar pemalas! Pengotor! “Diapers, pad, sisa makanan... macam-macam ada,” tulisnya pada video berkenaan. Jelas sekali, sikap si pelaku ini yang pemalas dan pengotor seperti didakwa enggan turun ke bawah atau membuang sampah di tempat sepatutnya. Menerusi ruangan komen, wanita ini turut meluahkan rasa geramnya terhadap tindakan penduduk setempat walaupun ada pekerja pembersihan yang bertugas mencuci dan mengutip sampah yang bertaburan itu.
|
acikhan replied at 4-10-2022 03:10 PM
maintenance rumah flat haku sebulan rm12 je tp ramai x bayo rata2 cnie ramai penyewa kang biler komp ...
ADVERTISEMENT