CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dahlah Tak Ada Kerja Tetap! Bapa Keluar 40 Hari Untuk Berdakwah Tak Bagi Nafkah Langsung Pada Isteri Dan Anak

4-10-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4419| Komen: 43

Keluar berdakwah selama 40 hari, namun tidak pernah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak ditambah lagi kerja tidak tetap.

Itu masalah diceritakan seorang anak mengenai sikap bapanya yang culas memberi nafkah menerusi mesej peribadi dikongsikan menerusi Twitter ConfessTweetMY.

Si anak itu memberitahu, mereka sekeluarga ditinggalkan bapa tanpa nafkah, malah rakan-rakan lelaki itu sering mengajaknya keluar berdakwah.

Gambar Hiasan

“Padahal baru balik dan bila ditolak, kawan-kawan dia seperti menyindir. Saya geram, dia tinggalkan kami tanpa nafkah.

“Sudahlah tiada kerja tetap, ibu saya pula kena tanggung. Dia sedap saja keluar 40 hari lari daripada tanggungjawab,” katanya.



Dalam pada itu, si anak itu turut mempersoalkan kepentingan keluar berdakwah sehingga meninggalkan isteri dan anak-anak.

“Saya rasa macam dia seorang saja beribadah hingga ke syurga, orang lain tidak payah beribadah,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 4-10-2022 11:24 AM
ya betul...terbalik ini suka memaksa..once u masuk group mereka susahlah nak keluar..
Quote amyfaha 4-10-2022 12:29 PM
Org macam ni keluar 40hari, balik kekahkan bini. Cukup masa keluar bersamamu siap beratur anak2 kecik 10 orang. Begitulah ye yg iols selalu tgk kat bersamamu. Cerita tak cukup mkn, xmampu byar letrik beli susu anak pampers anak itu ini. Tp kau buat anak macam nak penuhkan team bola sepak siap pemain simpanan & pengadil
Quote amyfaha 4-10-2022 12:33 PM
Pkcik aku yg kat kampong pun dgn xde kereta, kerja biase2. Buat ank ramai2 bernafsukan harimau belang, cukup bulan mak aku call suruh bagi dia duit belanja, kesian kat anak2 dia. Time nak berjalan, aku yg diminta angkut anak2 busuk dia. Dgn mandi pun x mampu beli shampu beli sabun mandi
Lahabau punya jantan
Quote renko 4-10-2022 12:42 PM
ada share kt fb tak
nak baca komen2 babi2 kt fb
hahahahahaha
Quote krustykrab 4-10-2022 12:45 PM
amyfaha replied at 4-10-2022 12:33 PM
Pkcik aku yg kat kampong pun dgn xde kereta, kerja biase2. Buat ank ramai2 bernafsukan harimau belan ...


Chuols suruh je la mak chuols yg bg nafkah kat pakcik tu
Sedara laki ios pun ada gak mcm tu, tp dah mak dia  sayang kt dia, kita nk kata apa...buat² tak reti udah ler sapa suruh tak mau keje. Dgn anak² asik ponteng sekolah, boleh pulak si nenek bawak dtg rmh siblings masa time sekolah sambil suruh siblings bawak gi jenjalan gi genting naik ride
Quote Kitty_catz 4-10-2022 12:48 PM
Mcm citer kwn uni meols, both uni grads, lakinye mcm gini lah, membewak, ank 8 org, dedule heols kerja, engineer proton pun penah, keja ozzy pun penah.. then bila balik mesia tanam anggur then terjebak group dakwah ni la.. terus jd bewak idop

Bini yg xkeja, kn bukak tadika, naseb ok sbb dah ada 2 branch.. bertahun2 mkn ati sheols mintak cerai

Padan mukeeeeeee then jd gilerrrr talak pulekkk
Quote mizruncing 4-10-2022 12:52 PM
menyampah btol aku org mcm ni. malas nk ulas sbb semua org paham sgt dah
Quote white_musk 4-10-2022 12:54 PM
Yang akak tau semua orang tablight jika tinggalkan kelouraga 44 hari mesti kurang2nya tinggalkan juga duit RM10k pada anak anak isteri... akak tak pernah dengar pula tidak beri keluarga nafkah

sebab, orang2 tablight ni kaya raya belaka....
jadi adik2 semua jangan lah percaya jika ada orang yang mahu memfitnah golongan tablight

ingat, orang2 yahudi sentiasa mencemburui kejayaan ummah
Quote shernazz 4-10-2022 01:50 PM
Tabligh kat.tmpt.ipls.neh.
Dia buat hukum sundiri...
Siap.buat solat jumaat kat surau padahal.jais tak.benarkan
Pkp.siap.ada solat.jemaah skali..
Siap.buat tahfiz.sundiri...
Penduduk sini.tunggu.masa je....
Dolu jais siap.serbu.dah
Quote lifeline 4-10-2022 01:57 PM
white_musk replied at 4-10-2022 12:54 PM
Yang akak tau semua orang tablight jika tinggalkan kelouraga 44 hari mesti kurang2nya tinggalkan jug ...

betul yg iols kenal org tabligh semua kaya2...
pergi berdakwah smpai ke usa austria german sana berbulan2
duit sendri tau
kebnyakkan nya buat bisnes la
siap bercabang2 lagi bisnes
kena jumpa group tabligh yg betul kot baru leh jmpa org2 gini
Quote Prickford 4-10-2022 02:05 PM
Dah lain macam. Ini bukan zaman Nabi. Laki iolls penah tiba2 kata nak join tabligh. Nak kuar 3 hari je. Iolls cakap boleh, tapi bak sini duit, tarik muka cakap iolls saja je buat gitu supaya dia tak boleh pergi. Iolls cakap, kalau boleh sediakan semua keperluan tanpa ada sebarang masalah termasuklah masalah gangguan emosi, pergi je la. Kata ke jalan Allah kan. Ni baru minta duit, dah gelupur, baik tak payah pergi!
Quote ina_na 4-10-2022 02:07 PM
Kat kg aku dl mmg kesian la anak2 tabligh ni..bapaknye asyik keluar..mak gan anak2 kn cr duit sara kehidupan.. blk kejap keluar lg .duit X bg..rumah pun usang gila... Ade seorg anak dia ckp x Kan nk join tabligh dah..dia ckp seksa dia org adik beradik berlapar,X de elektrik,air segala bagai.. ni yg aku nampak..korang nk keluar berapa ratus Ari pun x kisah kn sediakan keperluan keluarga.. ni x... Kesian tgk anak2 dan isteri
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 03:17 PM
Kejar syurga punya pasal… yg tanggungjawab asas ko tak buat?
Quote sara_thrash 4-10-2022 03:27 PM

tinggalkanlah rumah walau seratus tahun sekalipun tetap tak menghalalkan cara untuk kau melepaskan tanggungjawab kau pada isteri & anak2.

Quote KamikuP 4-10-2022 03:56 PM
Org tabligh dtg rumah meollss takut + seram
Quote lattehazelnut 4-10-2022 03:59 PM
Ramai je gol tabligh yang ok..
Cuma circle bapak dia toxic..
Lelaki pun kalau xde geng, xde nye diorg rela hati join tabligh tu..
Quote renko 4-10-2022 04:12 PM
seperti dijangka
komen2 kt page mcm siakap babi sana
salahkan anak dia plak
hahahahaahha
Quote _blackbird 4-10-2022 04:21 PM
meol tak paham dengan org yg sibuk dok kejar akhirat sampai lupakan nikmat kehidupan dunia ni. mmg semua org mati tu pasti, tapi syurga tu pasti ke tempat kita??? belum tentu kan. jgn nnt yg di kejar tak dpt yg dikendong berciciran pula. tak boleh ke kita hidup in moderate both in kehidupan duniawi & ibadah kasi balance
Quote Firenzza 4-10-2022 04:38 PM
Tabligh yg lepak kt surau, masjid ni diorg tlg betulkan tajwid pak imam solat jemaah ker? Atau diorg ajar org2 kg ilmu ekonomi supaya org isle x bergantung rezeki kapitalis kapiaq?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.093579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top