 Gambar hiasan. SUMBER Google
Kerana cinta, seorang pelajar tingkatan dua sanggup menyerahkan tubuhnya kepada teman lelaki sebelum dia menyesali perbuatan tersebut dan membuat laporan polis. Harian Metro melaporkan, menerusi laporan mangsa, remaja itu mendakwa kejadian berlaku Mac lalu selepas teman lelakinya yang berusia 19 tahun datang ke rumah neneknya di sebuah kawasan perumahan di Sungai Petani sebelum mereka melakukan hubungan seks.
Menurut sumber, hasil siasatan mendapati, mangsa berkenalan dengan teman lelakinya menerusi Facebook pada Februari lalu ketika mangsa berada di rumah neneknya. "Mangsa tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas kedua ibu bapa bercerai dan dia yang bimbang ditinggalkan termakan pujuk rayu teman lelaki sebelum mereka melakukan hubungan seks. "Kejadian didakwa berlaku di rumah neneknya selepas sebulan berkenalan dan mangsa mendakwa hanya sekali melakukan perbuatan terbabit," katanya. Sumber turut berkata, mangsa yang rasa bersalah akhirnya menceritakan kejadian terbabit kepada neneknya sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu. "Hasil siasatan lanjut, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya kerana terlalu mencintai tukang rumah itu selain takut kehilangannya. "Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan lelaki terbabit masih dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|