CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bottom 12' Dari 59 Negara, Jalan Raya Malaysia Antara Yang Paling Teruk

4-10-2022 09:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1038| Komen: 8|Original author: Tatod

Gambar hiasan. SUMBER Utusan Online


Menerusi kajian firma pendidikan pemandu, Zutobi dalam laporan berjudul 'Worst and Best Roads - US and International Ranking, Malaysia tersenarai pada kedudukan ke- 48 atau 12 terbawah dalam kalangan 59 negara yang memiliki kualiti jalan raya paling teruk di dunia.

Getaran melaporkan, kajian tersebut menunjukkan kualiti jalan raya di Malaysia menurun 5.3 peratus dalam tempoh lima tahun lalu dengan jumlah kematian jalan raya direkod adalah kedua tertinggi iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang.


Menerusi kajian membabitkan kesemua 59 negara itu, Malaysia memperoleh skor keselamatan 3.32 daripada 10.

Ia berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian di jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Selain itu, laporan pernah dikeluarkan firma terbabit menunjukkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu selaijn Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Bagaimanapun, Malaysia turut direkodkan mempunyai bilangan kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol iaitu hanya 0.1 peratus. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 4-10-2022 09:52 AM
iyooo
kat umah aku jalan elok diturap2
yg buruk dibio makin hauk
Quote dua_chzy 4-10-2022 10:06 AM
Terbaik ka terburuk? Abang pilih yang mana?

https://www.utusan.com.my/berita ... ritain-new-zealand/
Quote buragazz 4-10-2022 11:04 AM
Aku nak tgk negara2 lain yg lagi teruk dari Malaysia klu Pinoy ngan Siam atas Malaysia memang pembongak la survey tu..
Quote Simunggu 4-10-2022 11:06 AM
kau belum tau lagi ada jalanraya ke bulan di Sabah...viral masuk tiktok
Quote imanjannah 4-10-2022 11:17 AM
mengambil kira lubang besar yg berita kelmarin tu, jatuh lagi la kedudukan Malaysia ye..
Quote rashiman 4-10-2022 02:36 PM
oklah tu Malaysia berada dalam 'Bottom 12' Dari 59 Negara, Jalan Raya Yang Paling Teruk.
Jangan berada dalam 'Top 12' dari negara yg menpunyai jalan yang paling teruk.
Quote elnor_81 4-10-2022 02:55 PM
Korang x dtg kuantan lg..taraf bandaraya..tapi jalan...berlubang2..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.031758 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top