Supermodel Bella Hadid tampil berani di Paris Fashion Week dengan mengenakan gaun diperbuat daripada cairan khas yang disembur pada tubuhnya ketika pertunjukan.
Bella, 25, membuat kejutan berjalan separuh bogel di pertunjukan fesyen busana Coperni, menutup payu daranya dengan tangan dan hanya memakai seluar dalam berwarna putih. Setibanya di pentas peragaan, Bella berdiri tegak sambil pasukan juruteknik menyembur lapisan putih pada tubuh badannya yang terdedah itu. Model itu dilihat mengangkat tangannya satu demi satu sambil kerja-kerja semburan dilakukan perlahan-lahan sehingga berubah menjadi gaun.
Gaun itu diperbuat daripada Fabrican, fabrik yang boleh disembur seterusnya mengeras menjadi pakaian. Kemunculan Bella di pentas runway itu tular dengan ramai memperkatakan tentangnya.
|
Perawankota replied at 3-10-2022 10:00 PM
Penatnya nak kena lentikkan badan mcmtu lama2
Perawankota replied at 4-10-2022 06:00 AM
Penatnya nak kena lentikkan badan mcmtu lama2
ADVERTISEMENT