CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap 15 Minit, Ada Je Panggilan Kecemasan Ular Masuk Kediaman

3-10-2022 07:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1253| Komen: 5

Perkhidmatan talian kecemasan di Bangkok mendedahkan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan ular di kediaman penduduk selang 15 minit setiap hari, lapor laman berita Wion News semalam.


Perkembangan itu menyaksikan tangkapan ular di Bangkok sahaja mencecah sebanyak  60,000 ekor setiap tahun.


Rakaman yang dimuat naik penduduk di Din Daeng memaparkan ular sawa boa tergantung di atas pokok berdekatan rumahnya. - Bangkok Post

Data itu didedahkan kepada umum sebagai reaksi kepada siaran foto online oleh seorang penduduk Bangkok mengenai gambar seekor ular sawa besar (spesies ular tidak berbisa) tergantung pada sebatang pokok di daerah Din Daeng.


Menurut operator talian kecemasan, kira-kira 200 panggilan dibuat setiap hari di Bangkok yang meminta bantuan berhubung ancaman haiwan berbahaya termasuk ular, biawak  dan tebuan.

Operator itu berkata, bagaimanapun hampir separuh daripada panggilan yang diterima  adalah mengenai ular.

“Secara purata, laporan dibuat setiap 15 minit dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa mencatat rekod kejayaan sehingga 90 peratus apabila melibatkan tangkapan ular.

Reptilia yang ditangkap akan dihantar ke Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan untuk ditempatkan semula dalam persekitaran semula jadi yang lebih sesuai.

Menurut perunding Pertubuhan Taman Zoologi, Dr. Alongkorn Mahanop, tiada angka tepat tentang jumlah sebenar ular yang ada di Bangkok kerana belum ada bancian rasmi populasi ular pernah dilakukan.

Dia membuat anggaran kasar bahawa setiap daerah mungkin mempunyai hampir seribu ekor ular.

“Populasi ular yang tinggi di Bangkok adalah disebabkan penduduknya tidak memakan ular, bermakna ular tidak mempunyai pemangsa di bandar raya itu.

“Namun sumber makanan reptilia itu seperti ayam, anjing dan kucing sangat mudah ditemui di kawasan kediaman penduduk yang menjadi daya tarikan ular masuk ke kawasan manusia,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-10-2022 07:29 PM
Bandaraya ular. Pastu claim penduduk tak makan ular.


Quote CiliPadiSedap 3-10-2022 10:16 PM
ular ni cerdik kalau tak dia dh lilit dekat kabel tnb confirm jadi makanan orang thai
Quote Nnasda53 4-10-2022 09:58 AM
Besarnya ular sawa yang tergantung tu
Quote Dalcott 4-10-2022 12:23 PM
euwww besarnye
Quote bulalof 4-10-2022 12:25 PM
tedung selar kat Malaysia ni pun semakin besar saiznya.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.031002 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top