Tular rakaman kamera papan pemuka dalam sebuah kemalangan jalan raya. Menerusi hantaran John Kiew di Facebook, kelihatan beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi memecut laju dari arah Nilai, Negeri Sembilan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan menggunakan laluan sebelah kanan.
Kemudian, salah seorang penunggang yang mengikuti konvoi tersebut memotong sebuah kereta jenis Nissan Almera, namun dia memperlahankan motosikal yang ditunggangnya itu menyebabkan Almera berkenaan meloncat-loncat dan ‘memakan’ belakang motosikal terbabit.
Berdasarkan rakaman itu, kelihatan penunggang yang lain menyusur keluar ke kiri jalan raya menghala ke USJ manakala penunggang motosikal yang terbabit kemalangan berkenaan berada di laluan kanan jalan dengan laju sebelum memotong Almera terbabit. Kejadian yang berlaku mendapat pelbagai komen dan reaksi warga Facebook, rata-rata ramai sependapat penunggang motosikal tersebut yang bersalah. Sumber: Murai
|
ultra78 replied at 3-10-2022 11:33 PM
Apasal la yg naik motor tu tak mati?
matchstick replied at 4-10-2022 12:33 AM
Tepek la video kt sini..link FB tu nk kena login baru boleh play. Aku dh Lama lupa password FB
ADVERTISEMENT