Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, yang memasukkan peruntukan ‘antiskodeng’ atau anti-hendap.
RUU pindaan itu diluluskan dengan undian suara selepas dibahaskan untuk bacaan kedua dan ketiga hari. Ia dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada 4 Ogos lalu. RUU itu bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk menjadikan ‘skodeng’ atau hendap, sama ada secara maya atau sebaliknya, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: UTUSAN
|
bintangct replied at 4-10-2022 08:46 AM
apa ciri² mengendap tu?
kepompong replied at 4-10-2022 08:47 AM
buat lubang, pastu intai. macam citer bujang lapuk
ADVERTISEMENT