CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Persepuluh Lelaki Rusia Berperang Kerana Tak Tahan Bebelan Isteri

3-10-2022 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 965| Komen: 5

Seorang datuk bandar mendakwa bahawa seramai satu persepuluh penduduk lelaki Rusia lebih rela pergi berperang kerana tidak tahan mendengar bebelan isteri mereka di rumah, lapor laman berita RT semalam.


Datuk bandar Vorkuta, Yaroslav Shaposhnikov berkata, kebanyakan sukarelawan yang tampil untuk pergi berperang di Ukraine adalah kerana mereka mahukan tempoh berjauhan daripada isteri yang suka membebel.


Askar simpanan Rusia beratur di luar pejabat pengambilan tentera di St Petersburg. - Peter Kovalev / TASS

“Kira-kira 10 peratus sukarelawan pergi ke barisan hadapan kerana tidak tahan mendengar  bebelan isteri masing-masing,” kata Shaposhnikov dalam satu diskusi online,  Open Vorkuta.


Bagaimanapun, beliau tidak memberi penjelasan lanjut tentang bagaimana pengiraan 10 peratus itu dicapai.

Video ucapan Shaposhnikov pula menjadi tular di media sosial dan beliau menerima banyak kecaman mengenai kenyataan kontroversi tersebut.

Shaposhnikov bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan berkata, komen beliau dipetik di luar konteks oleh pihak media.

“Kata-kata saya diambil di luar konteks, malah ada yang memberi tafsiran sendiri. Anda perlu menonton video diskusi itu sepenuhnya tetapi secara umum, saya tetap dengan pendirian bahawa wanita adalah tonggak kepada suami dan perlu menyokong suaminya dalam apa jua keadaan,” katanya.

Rusia mengisytiharkan kerahan askar simpanannya awal bulan ini untuk memperkukuh angkatan barisan hadapan menentang Ukraine.

Pada masa ini, Moscow berusaha menggerakkan 300,000 askar simpanan dengan memberi tumpuan kepada mereka yang pernah berkhidmat dalam tentera dan mempunyai pengalaman bertempur.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-10-2022 06:47 PM
Tapi orang kita gigih pulak cari bini rusia b40.


Quote Highflyer19 4-10-2022 09:15 AM
Now thats a good excuse...
Quote Dwdrum 4-10-2022 09:32 AM
Patut nya hantar bini berperang.... Lebih baik perang mulut dari perang guna weapons ... Bagi ukrainians lari tidak cukup tanah dengar nag depa.... Boleh minta bantuan acik netizen forum bawang rangers  kata nya kuat juga israel boleh koyak...
Quote noor2 4-10-2022 09:34 AM
Kebanyakan perempuan kut...
Quote plywood 4-10-2022 09:36 AM
bini membebel suami ni perkara sejagat... boleh tengok dimana-mana ada sahaja keluhan lelaki bini membebel..

apa sebenarnya sebab bini suka membebel... dengan membebel dapat meluahkan rasa tak puas hati ker?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.031580 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top