CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Cacing Tanah, Barbados Ular Terkecil Di Dunia!

3-10-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1681| Komen: 15

Saiz kecil berukuran sekitar 10 sentimeter (sm) menjadikan ular kecil Barbados atau nama saintifiknya, Tetracheilostoma carlae sebagai ular terkecil di dunia.

Oddity Central melaporkan, oleh kerana saiznya yang kecil, ular itu kemungkinan disangka cacing tanah bagi yang pertama kali melihatnya.


Oddity Central

Spesimen terbesar ular itu yang pernah ditemukan hanya berukuran hanya 10.4 sm, dan menariknya reptilia ini juga buta.

Haiwan itu mempunyai berat di bawah satu gram dan cukup kecil untuk berlingkar pada duit syiling 25 sen Amerika Syarikat.


Spesies itu secara rasmi ditemukan berkeliaran di bawah batu di kawasan hutan di Barbados, oleh ahli biologi evolusi, S Blair Hedges, pada 2008.

Ular ini adalah salah satu daripada banyak spesies haiwan yang endemik di negara di kepulauan Caribbean itu.

Ia mengesahkan pemerhatian yang dibuat sejak zaman Charles Darwin bahawa pulau itu adalah habitat kepada hidupan bersaiz lebih besar dan terlampau kecil.


FB Alliance Services

Ular kecil itu dilaporkan sukar untuk dikaji kerana menyerupai cacing tanah, dan lazimnya hidup di dalam tanah iaitu di bawah batu dan balak, sehingga hanya sedikit maklumat yang diketahui mengenainya.

Haiwan itu dianggap makan anai-anai dan larva semut serta bergantung kepada hutan untuk terus hidup.

Malangnya, pergantungan ular ini kepada hutan boleh menyebabkannya ia pupus dalam masa terdekat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 3-10-2022 06:11 PM
Sini bukan ada ke ular cam ni. Ular besi.
Quote Gingerly 3-10-2022 09:58 PM
Pernah jumpa sekali dulu. Ular ni badan dia liat.  [em:9:]
Quote Highflyer19 3-10-2022 11:52 PM
Comel...kt sini pun ada
Quote Acikgomen 3-10-2022 11:53 PM
Boleh patuk tak ular ni
Quote Supersirap 4-10-2022 12:02 AM
Pertama kali tengok ular sangat kecil seperti cacing
Quote ketambangkang 4-10-2022 08:52 AM
dh la kecik, buta pulak tu..kesian
Quote acik79 4-10-2022 09:10 AM
Kat sini pun ada… mmg kecil macam cacing tp ada kepala…
Quote Mooverine 4-10-2022 09:11 AM
teringat cacing merah besar yang selalu keluar dari tanah masa hujan... geli ah
Quote cecari 4-10-2022 09:48 AM
laa... ni termasuk dalam spesis ular buta... banyak ja kat malaysia ....
Quote copy_paste 4-10-2022 09:57 AM
pernah jumpe celah2 rumput kapet ada, tapi dia mcm cacing,kalau perhatikan mulut dia mcm ada lidah keluar spt ular,
org panggil cacing rumput
Quote dekmieDandy 4-10-2022 10:08 AM
brahminy blind snake
Quote tomiko_haza 4-10-2022 10:31 AM
oo ular rupanya igt cacing ..baru jmpa last weken masa kemas2 laman umah mak. mmg btol dia duk bwh2 batu bata yg tersusun.
Quote ina_na 4-10-2022 10:50 AM
Aku ingat bapak Aku tipu aku dia ckp ni ular..ingat spesis cacing .tp ni liat kan..dl kat kg kalo nk ambik sayur dia are..geram lenyek2 X mati2.. potong2 dia gan benda tajam br putus bdn dia..
Quote green~tea 4-10-2022 11:01 AM
Rasa penah jumpa dulu2 ular gini kat kampung....
Quote dua_chzy 4-10-2022 11:14 AM
Astaga ular ke rupanya natang ni? Memang selama ni ingatkan cacing yach!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.097549 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top