CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Azmin Ali Jangan Kurang Ajar! Bila Masa Tun M Sembang Dua Jam Dengan Awak?' - Mukhriz

3-10-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1244| Komen: 2

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berang dengan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Mukhriz berkata, pemimpin Bersatu itu membohongi ahli-ahli Perikatan Nasional (PN) dan menafikan Ahli Parlimen Gombak itu ada membuat perjumpaan dengan bapanya.


FB Azmin/Tun M

“Azmin Ali jangan kurang ajar! Bila masa @chedetofficial duduk sembang dua jam dengan awak?

“Azmin memang penipu besar! Dengan pemimpin penipu macam ni, rakyat wajib tolak,” katanya di Instagram beliau.


Petang semalam, Mohamed Azmin di hadapan ribuan ahli-ahli gabungan PN memberitahu dirinya ada mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan membincangkan mengenai Langkah Sheraton pada 2020 lalu.


IG Mukhriz

Mohamed Azmin mendakwa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2020 kerana sikap pelupanya.

Mohamed Azmin yang juga merupakan Pengerusi PN Selangor itu ketika melancarkan persidangan Bahagian Bersatu dan pelancaran jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan satu pertemuan bersama Dr Mahathir baru-baru ini.

“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).

“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.

“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin. 




Sumber: MalaysiaGazette




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 3-10-2022 05:09 PM
Bila rancangan Bobob Boy ke udara
Quote tumpanglalu74 19-11-2022 04:20 PM
forum-1 (1).jpg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051373 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top