Hos Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan istimewa bersempena dambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup secara langsung di pentas rancangan realiti popular itu.
Terlihat sebak terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentas menuju ke kek tiga tingkat yang tersedia. “Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami. “Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova.
Nabil pada masa sama turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka. Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain. “I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil.
|
laksmanabentan replied at 4-10-2022 02:22 PM
huntong laaa boleh buat macam acara tv sendiri kann....
jemput isteri potong kek.. live lagi satu ma ...
tikusmontok replied at 4-10-2022 02:29 PM
Sblom tu bday pun sambut kat tv...meletop tv
Lavender_Violet replied at 4-10-2022 01:33 PM
Menyampah haihhhh...
Ingat org kisah sangat ke nak tngok ko sambut aniberseri lovey dovey dgn wife k ...
ADVERTISEMENT