Seorang lelaki berkongsi petua untuk memudahkan proses isteri bersalin di FB Dr Imelda Balchin. Katanya, isterinya mudah bersalin semua cahaya mata mereka kerana suami telah memaafkan semua kesalahan yang dibuat isteri.
Namun, petua berkenaan mengundang pelbagai reaksi negatif dan kecaman dari netizen. "Anak pertama, belum kali kedua teran, keluar. Anak kedua, dalam kereta dah keluar. Anak ketiga, atas katil belum sampai labour room. Anak keempat, bedah sebab songsang tapi mula lepas Maghrib dan selesai waktu Isyak.
Disebabkan itu ramai yang mengatakan kenyataan lelaki itu tidak cukup untuk menggambarkan pengorbanan si isteri sepanjang proses mengandung sehingga waktu untuk bersalin. "Awak buat benda kecil je. Isteri awak yang bawa anak-anak selama 36 bulan secara menyeluruh. Kredit tu patutnya bagi kat dia." Perkongsian komen itu turut mendapat balasan dari Dr Imelda Balchin sendiri dengan mengatakan petua lelaki itu merendah-rendahkan kebolehan serta keyakinan para ibu untuk bersalin seolah para isteri perlu bergantung harap kepada suami. "Sebab awaklah ramai ibu disakiti dan difitnah, dikatakan dia susah nak bersalin sebab banyak sangat kesalahan kepada suami." Tambahnya lagi, sebagai suami yang baik hati, sokongan penuh kepada isteri yang bertarung nyawa sewaktu bersalin sangatlah diperlukan untuk membantu memudahkan perjalanan melahirkan anak. -CARI |
lattehazelnut replied at 3-10-2022 07:41 PM
Mo ha sa or mohd hafiz saed
Mcm cikgu sekolah
Farnor replied at 3-10-2022 07:45 PM
Oo dia kah yg mengomen bini bersalin ni?
ADVERTISEMENT