CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Jadi Yatim Piatu Ibu Bapa Terkorban Dalam Rusuhan Stadium Kanjuruhan

3-10-2022 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1617| Komen: 10

Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, kelmarin.


Memetik laporan Kompas, pasangan suami isteri yang merupakan penyokong Arema FC atau Aremania itu dipercayai terjatuh di tangga stadium berkenaan.


Kompas

Anak tunggal mereka, M Alfiansyah, 11, yang turut mengikuti pasangan itu ke stadium bagaimanapun terselamat.

Menurut adik Yulianton, Doni ketika ditemui media Indonesia, kemungkinan abangnya terjatuh dari anak tangga stadium.


“Ketika ditemui wajah abang sudah biru pucat. Anak mereka sempat diselamatkan pihak polis,” katanya.

Kata Doni, dia terlalu sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi mengenangkan rancangan abang dan kakak iparnya untuk meraikan ulang tahun anak tunggal mereka itu bulan hadapan.


Suasana sekitar stadium selepas kejadian rusuhan

Difahamkan, jenazah pasangan berkenaan dikebumikan di dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Mergan, Kota Malang.

Dalam kejadian pada Sabtu malam, angka kematian dilaporkan melebihi 150 orang termasuk dua anggota polis.

Insiden itu disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 3-10-2022 03:55 PM
scary betul sana..tabah ya dek...al fatihah buat ibu ayah
Quote marlow 3-10-2022 03:57 PM
Kesiannya. Moga urusan adik ini dipermudahkan.
Quote glump 3-10-2022 04:13 PM
Takziah lah ...menemui ajal setelah football match.
Quote ifanonline 3-10-2022 04:14 PM
football matches kat malaysia pun dah jadi haramjadah juga mcm di indon...knp kawasan rumpun melayu ni bangang2 belaka?
Quote Buritan 3-10-2022 04:16 PM
Haramkan ajo bola sepak ni.. aku tgk tgk seko seko rupe org gila bila tgk bola.. time lain boleh normal plk..
Quote ctaz 3-10-2022 04:18 PM
ramai kata polis yg mulakan....
emmmm takziah pada semua....
Quote Artemesiaa 3-10-2022 04:19 PM
Bila baca punca berbeza pulak ceritanya dari kedua2 pihak.  Yang saksi mangsa cakap lain yang mengawal kata lain buat keliru mana yang benar.  Apa pun panik benar2 boleh membunuh.
Quote afie_m 3-10-2022 04:39 PM
salam takziah dik, kesiannya .pasal bola pun boleh sampai rusuhan...
Quote grouper 3-10-2022 05:30 PM
Kalau x merusuh p lawan polis xdenya polis nak lepas gas pemedih mata tu sbb keadaan x terkawal...polis pun sop kelaut, ngan satu pintu je buka utk org keluar mmg mengundang tragedi la...nak padan kan muka kesian plak kat org x bersalah yg meninggal
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 10:40 PM
Friska tak baca ke news ni?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039940 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top