CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Entah Saya Lupa' - Azmin Dakwa Tun M Letak Jawatan Sebab Sikap Pelupanya

3-10-2022 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 834| Komen: 3

Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mendakwa bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatannya pada 2020 kerana sikap pelupanya.


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu ketika melancarkan persidangan Bahagian Bersatu dan pelancaran jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan satu pertemuan bersama Dr Mahathir baru-baru ini.


FB Azmin

“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).

“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.

“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Dr Mahathir  di hadapan lebih 3,000 ahli PN semalam.

Turut hadir adalah Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Untuk rekod, Dr. Mahathir bertindak meletakan jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari 2020  sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.


FB Tun M

Ia mengakibatkan kerajaan PH tumbang dan PN berjaya membentuk kerajaan dan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, Bersatu bukan pengkhianat PH seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Malah berkata, parti pimpinan Muhyiddin adalah penyelamat kepada rakyat daripada terus dibohongi PH.

“Tapi tuduhan yang dilemparkan itu melampau sehingga mereka bersungguh-sungguh mencipta naratif bahawa kita ini semua pengkhianat, maka kerusi-kerusi pengkhianat ditentang habis-habisan.

“Saya nak tanya, siapa pengkhianat sebenarnya?” soal Azmin. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 3-10-2022 03:46 PM
salah satu sikap manusia yg tidak boleh diterima adalah tali barut dan pengkhianat...hukumannya mati sahaja
Quote otai_g 19-11-2022 10:35 AM
Pengkhianat sbnr ialah org yg membiarkan hak istemewa bangsa dan agamanya digadai kpd pihak lain sbb nak kuasa. My 2cents
Quote tumpanglalu74 19-11-2022 04:19 PM
forum-1 (1).jpg

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.082561 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top