CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlalu Banyak Kerja Untuk Daging Yang Sikit, Minah Salih Tak Suka Siput Sedut

3-10-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 810| Komen: 0

Menjadi antara destinasi pelancong jalan-jalan cari makan, tidak hairanlah rata-ratanya meletakkan Malaysia antara negara yang wajib dikunjungi bukan sahaja kerana suasana yang harmoni dan kepelbagaian budaya, tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat.


Selepas kali pertama mencuba, ada yang terus jatuh cinta dan memuji makanan Malaysia, namun ada juga hidangan yang kurang 'kena' dengan tekak mereka.


TikTok

Seorang wanita warga Amerika dikenali sebagai Lilith, sememangnya terkenal di laman TikTok kerana kerap memuat naik video mengenai riviu pengalamannya mencuba pelbagai jenis makanan serta mengunjungi lokasi menarik di Malaysia.


Rakaman mengenai pengalamannya mencuba hidangan siput sedut masak lemak cili padi di sebuah restoran, mencuri tumpuan netizen.

Berjaya menyedut isi siput sedut, Lilith dengan jujur memberikan riviu peribadinya mengenai hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

"Tidak banyak daging di dalamnya dan agak sukar untuk mengeluarkannya. Rasanya tidak begitu istimewa. Terlalu banyak kerja untuk daging yang sedikit," tulisnya pada video tersebut.



Tambah wanita itu lagi, dia berkemungkinan tidak mahu mencuba hidangan tersebut buat kali kedua.

Bagaimanapun riviu jujur wanita tersebut tidak langsung membuatkan netizen Malaysia melenting atau terguris.

Malah, ada yang turut senada dengan pandangannya dan berpendapat hidangan siput sedut agak leceh untuk dimakan lebih-lebih lagi mengundang 'bunyi sedutan' untuk menikmatinya.



Dalam pada itu, ada juga yang menegur cara sedutan Lilith yang salah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.080397 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top