CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Robot Elon Musk Lopek?

3-10-2022 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 448| Komen: 0

Pengguna media sosial membandingkan robot humanoid keluaran syarikat Tesla di Silicon Valley, California baru-baru ini.


Tesla/AFP via Getty Images

Pemilik bersama syarikat itu, Elon Musk yang merupakan individu terkaya di dunia mempamerkan robot itu pada satu majlis di Silicon Valley pada Jumaat lalu.

Robot yang diberi nama Optimus itu berjalan keluar perlahan-lahan, melambai dan memeriksa tangan lima jarinya yang ganjil pada majlis tersebut.



Seorang pengguna Twitter kemudian memberikan ulasan tentang robot itu.

“Nenek saya bergerak lebih pantas,” ciap seorang pengguna Twitter, Gustavo Fernandez.

Seorang lagi pengguna media sosial itu turut membandingkan Optimus dengan robot Atlas, yang dibina oleh Boston Dynamics.

"Sejujurnya, Boston Dynamics mesti berada dalam keadaan histeria sekarang," ciap James Bareham di Twitter.



Robot Atlas boleh melakukan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh Optimus.

Tesla telah mencipta robot itu dalam tempoh beberapa bulan berbanding Atlas yang mengambil masa beberapa dekad lalu.

Musk bagaimanapun menyatakan Optimus boleh melakukan tugas yang rumit dan akan dijual kepada orang ramai dalam masa tiga hingga lima tahun dengan harga kira-kira AS$20,000 (RM92,740). 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033334 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top