Sejak kebelakangan ini nama Noh Salleh sentiasa 'panas' dengan pelbagai kontroversi melibatkan dirinya sehingga mengundang kritikan ramai.
Jika sebelum ini vokalis kumpulan Hujan itu pernah dikecam ekoran memegang sebatang rokok ketika membuat kemunculan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022), kali dia teruk dihentam kerana meludah ketika mengadakan persembahan pentas. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada sebuah acara festival muzik yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Sabtu lalu. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 37, dilihat menjelirkan lidah sebelum meludah ke arah peminat yang berada pada bahagian bawah pentas. Tindakannya itu sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai kurang ajar dan menjijikkan. Apatah lagi perbuatan itu bukan budaya masyarakat Malaysia selain status Noh yang sudah bergelar 'Haji'. "Pertama kali tengok aku tengok artis ludah crowd. Apa motif meludah? "Bang Haji sejak jadi duda ni, lain macam ya," komen netizen di Twitter. Tidak hanya itu, ada juga berpendapat sikap dan kelakuan Noh itu berpunca daripada penceraian dengan isterinya, Mizz Nina. Bukan hanya Noh dikecam netizen malah peminat yang hadir ke konsert berkenaan turut dikritik kerana sanggup diludah oleh artis idaman mereka dan masih mampu bersorak kegembiraan. Ramai berpendapat, artis seperti Noh tidak sepatutnya dijadikan sebagai contoh dan ikutan kerana ia mampu merosakkan akhlak seseorang. "Lepas dia capai mic stand tu terus meludah. Raingers pula bersorak sakan dengan gelajat Bang Haji ini. "Budak bodoh sahaja yang sanggup kena ludah dengan artis idaman, baik duduk rumah! "Terpaling 'rockstar' ke buat macam itu? tulis netizen. Berikutan itu ramai pihak turut melahirkan rasa bimbang terhadap sikap Noh kerana imej ditonjolkan seolah-olah menunjukkan dia sedang memberontak. Malah ada juga pihak berpendapat ia adalah antara cara Noh meluahkan rasa sedih dengan pelbagai perkara berlaku dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. "Ini salah satu stage of grief. Bertahun dia terpaksa jadi orang lain sebab nak jaga imej keluaga. "Ini cara kebanyakan orang nak tunjuk 'this is who I am' untuk berdepan rasa kehilangan dan mengisi kekosongan. Itu yang kadang-kadang ada cross the line macam ini. Kebanyakannya sementara dan emosional," antara pendapat pengguna Twitter. Selain isu meludah dan memegang rokok, nama Noh juga pernah 'panas' apabila menghisap vape dan menghembus asap ke arah sekumpulan media yang sedang menemu bualnya berhubung isu rumah tangganya yang hangat diperkatakan sebelum ini. -CARI Sumber: mStar Online
|
lattehazelnut replied at 3-10-2022 04:05 PM
Dia pun ludah chewing gum mcm shila amzah..
Sejak dia kuarkan statement mcm tu iols rasa retis mmg ...
TerataiMelur02 replied at 3-10-2022 04:51 PM
Seeloknya berjodohan
ADVERTISEMENT