CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Tempat Pelacur, Sekarang Bersepah Warga Asing Jual Bundle- Ini KL Ke Bangladesh?

3-10-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4488| Komen: 54

Kuala Lumpur: Dahulunya Lorong Haji Taib, dekat Chow Kit di sini, terkenal dengan jolokan sebagai tempat aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran, penagihan dadah dan gangsterisme terutama pada waktu malam.


Namun kini suasana itu berubah apabila ia dilihat mula dimonopoli oleh warga Bangladesh dengan menjalankan perniagaan barangan terpakai.

Bermula jam 3 petang, mereka mula sibuk membuka khemah untuk menjual barangan terpakai seperti pakaian, kasut, dan barangan kulit di sepanjang lorong berkenaan.


Foto: Harian Metro

Berdasarkan tinjauan Harian Metro mendapati kumpulan itu bukan saja diupah oleh peniaga tempatan untuk bekerja, malah ada antara mereka yang menjalankan perniagaan itu sendiri.


Menguatkan lagi dakwaan gerai berkenaan dimiliki warga asing apabila tiada lesen perniagaan digantung pada gerai seperti di gerai yang dimiliki peniaga tempatan, selain dikendalikan golongan pendatang itu sepenuh masa.

Ketika disapa wartawan di sebuah gerai menjual pakaian terpakai, seorang lelaki Bangladesh mendakwa hanya bekerja dan bukan pemilik perniagaan berkenaan.

"Saya hanya kerja saja di sini. Tauke (majikan) orang tempatan. Setiap hari kami akan buka kedai. Saya tidak boleh buka perniagaan sendiri kerana tiada modal," katanya.

Ia turut diakui seorang lagi lelaki warga Bangladesh yang mendakwa hanya bekerja dengan majikan tempatan sebagai jurujual kasut terpakai.

Katanya, dia membuka gerai setiap hari berikutan sambutan orang tempatan terhadap barang terpakai itu masih menggalakkan, terutamanya pada malam minggu dan cuti umum.

Barangan terpakai seperti pakaian, kasut dan barang kulit itu dijual pada harga antara RM30 sehingga lebih RM100.

Harian Metro turut melakukan tinjauan pada hari kedua bagi mendapatkan gambaran lanjut dan mendapati keadaan masih sama dengan hampir keseluruhan gerai dibuka dan 'dijaga' oleh warga asing terbabit.

Seorang tukang jahit warga Bangladesh yang ditemui mendakwa mengambil upah menjahit dan mengubah suai pakaian dibeli pelanggan di kawasan itu.

"Setiap pakaian yang diubah suai dikenakan caj RM5. Ada juga pelanggan datang ke sini membawa pakaian dari luar untuk diubah suai saja.

"Saya terpaksa guna mesin jahit tradisional kerana mudah alih disebabkan sini hanya gerai sementara yang boleh dibuka pada waktu petang hingga 11 malam saja," katanya yang turut mendakwa mula bekerja di kawasan itu awal tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya mendapat aduan daripada orang ramai. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 3-10-2022 12:56 PM
Xkan aduan je baru nak gerak..
Patutlah pati hidup aman2 je sampai beranak pinak kat sini..
Quote laksmanabentan 3-10-2022 01:15 PM
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya mendapat aduan daripada orang ramai.


wahhhh... bestnyaaaa... kalau takde aduan, duduk lepak2 ker camna tu encik syamsul?
Quote auntieagony 3-10-2022 01:20 PM
Rakyat asing boleh jer berusaha dan hidup mewah di Msia.
Rakyat sendiri mengadu tak dapat cari rezeki dan mengharapkan bantuan.
Pelik jugak ni....
Quote shernazz 3-10-2022 01:25 PM
laksmanabentan replied at 3-10-2022 01:15 PM
wahhhh... bestnyaaaa... kalau takde aduan, duduk lepak2 ker camna tu encik syamsul?

Kalau takde aduan..
Kita tunggu sampai ada aduan
Quote aku_best 3-10-2022 01:27 PM
auntieagony replied at 3-10-2022 01:20 PM
Rakyat asing boleh jer berusaha dan hidup mewah di Msia.
Rakyat sendiri mengadu tak dapat cari rezek ...

Kalau rakyat tempatan start niaga..ada la hantu2 yg datang utk pantau dan cari kesalahan..terutama berkenaan lesen..rakyat asing kebal kat malaysia ni...haha
Quote auntieagony 3-10-2022 01:30 PM
aku_best replied at 3-10-2022 01:27 PM
Kalau rakyat tempatan start niaga..ada la hantu2 yg datang utk pantau dan cari kesalahan..terutama ...

Ya.... kemungkinan besar begitulah....
Wallahuaklam
Quote emera 3-10-2022 01:32 PM
Kalau cakap org gomen pemalas, marah pulak.
Quote emera 3-10-2022 01:33 PM
aku_best replied at 3-10-2022 01:27 PM
Kalau rakyat tempatan start niaga..ada la hantu2 yg datang utk pantau dan cari kesalahan..terutama ...

Aku sakit hati bab ni. Satu je aku pegang, mati sok biar dapat seksaan yg maha dahsyat.
Quote bulalof 3-10-2022 01:40 PM
penguatkuasaan pun memilih bulu. pendatang haram di biar bebas buat apa saja, rakyat tempatan dikenakan tindakan undang2. yg salah tetap salah, warganegara atau pun tidak!
Quote Naftalena 3-10-2022 01:40 PM
Kat mana ada bundle jual barang antik, vintage yang best?
Quote laksmanabentan 3-10-2022 01:44 PM
emera replied at 3-10-2022 01:32 PM
Kalau cakap org gomen pemalas, marah pulak.

bukan kita org malas hokkaayy... takde aduan abis tu kita org nak buat apa???
takkan ler kita org pandai2 cari masalah kott..... hihihi....
aduan yang sedia ada pun masih banyak tak settle hokaaayyy...
buat la aduan, baru ler kita org akan rekodkan penyataan gitu...
Quote Artemesiaa 3-10-2022 01:48 PM
Ia ler tu kerja dengan tokey le alasan je takut kena cekup.  Elok pihak yang berkenaan buat pemeriksaan mengenainya.  Dulu warga tempatan je yang berniaga disitu sekarang dah macam kena ambil alih oleh mereka.  Bukan disitu je dikawasan lain pun sama.  Kalau dinegara lain susah orang luar nak berniaga senang2 macam tu.
Quote Bedah.Cun 3-10-2022 02:08 PM
Kuala Dhaka
Quote toynme 3-10-2022 02:15 PM
emera replied at 3-10-2022 01:33 PM
Aku sakit hati bab ni. Satu je aku pegang, mati sok biar dapat seksaan yg maha dahsyat.

amin.....penguatkuasaan msia ni mmg sgt lemah...yang dalam tv tu sembang je lebih.....dah biasa makan rasuah mmg mcm tu
Quote Dalcott 3-10-2022 02:20 PM
sll dah. mcm ni. kene ketuk br jalan
Quote Firenzza 3-10-2022 02:42 PM
Bangla, rohingya masuk sini dulu guna permit kerja, lari dari tokey depa meniaga....pak menteri plk sibuk nk import lg sri lanka, bangla, rohingya, nepal sbb kekurangan pekerja asing......mmg bodow la pak muntri itewwe
Quote Highflyer19 3-10-2022 02:56 PM
aku_best replied at 3-10-2022 01:27 PM
Kalau rakyat tempatan start niaga..ada la hantu2 yg datang utk pantau dan cari kesalahan..terutama ...

Warga asing ada yg protect kot...
Quote edayildiz 3-10-2022 03:00 PM
@bakingsoda

sis baking sis are u are there..tiberr
sis sis nk tnya psl cat..

btw mmg bethol la..aritu i balik keja i jumpa foreigner sekumpulan..i pulak yg mcm menumpang kt negara dorg...dh mcm malaysia dia yg punya..
Quote mojarean_X 3-10-2022 03:01 PM
Jom kita ajak pak menteri turun

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069055 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top