CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persembahan Cute Tak Mampu Selamatkan, Haida Hasnan Tersingkir!

3-10-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1477| Komen: 4

Description: Perjalanan Haida Hasnan merebut gelaran juara program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) terhenti apabila menjadi peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga yang berlangsung pada malam Ahad.
Perjalanan Haida Hasnan merebut gelaran juara program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) terhenti apabila menjadi peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga yang berlangsung pada malam Ahad.


Juri tetap, Datuk Ramli MS berkata, persembahan Haida menerusi lagu Nang nyanyian asal Iman Troye disifatkan sebagai 'cute' namun penjurian dibuat berdasarkan nyanyian secara keseluruhan.


Foto: MStar

"Awak menyanyi lagu ini comel secara visual, tetapi saya menjurikan daripada segi nyanyian.

"Tidak semua orang boleh menyanyi dengan sempurna dan tidak semestinya semua orang boleh menyanyikan semua jenis lagu.


"Tapi apa-apa pun persembahan anda memang 'cute'," katanya.

Sementara itu, Shila Amzah mendapat markah tertinggi pada malam tersebut iaitu 78.8 peratus diikuti Bob (77.3) dan Hazrul Nizam (71.9).

Lapan peserta lain yang mara ke minggu seterusnya termasuklah Asheed Def Gab C, Jaclyn Victor, Tomok, Fuad Rahman, VE, Dina Nadzir, Pat Candy dan Tom.

Dalam pada itu, Fuad Rahman diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi dan Tomok pula menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Istimewa minggu ini diperkenalkan anugerah Bintang Memukau Adabi yang dimiliki oleh Shila Amzah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta produk Adabi bernilai RM500.

Selain Ramli MS, kesemua peserta diadili dua lagi juri tetap iaitu Datuk Shafiznaz Selamat dan penyanti Indonesia Hetty Koes Endang.

Nabil Ahmad kembali menjadi hos bersama Elly Mazlin untuk konsert minggu ketiga ini.

GV9 disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 3-10-2022 11:59 AM
Edited by stingergrumpy at 3-10-2022 12:00 PM

I may sound very harsh....tapi mustahil ko tak tahu jemputan yg dihulurkhen keatas ko hanya untuk melengkapkheun jumlah peserta2?

Enuf said
Quote prince_marhaen 3-10-2022 02:36 PM
stingergrumpy replied at 3-10-2022 11:59 AM
I may sound very harsh....tapi mustahil ko tak tahu jemputan yg dihulurkhen keatas ko hanya untuk me ...

..meols setuju, even peserta yang power macam Jac, Dina, Tomok, or Tom pun struggle nak jadi 'versatile' kena nyanyi lagu-lagu yang bukan 'forte' diorang, apa lagi peserta yang 'one hit wonder', yang vokal hausss, yang hanya boleh nyanyi 1 genre je....lagi lah mencungap-cungap nak follow the vibes. Kadang kesian tengok yang senior macam Roy Kapilla tu, macam masuk untuk cukup korum je.. VE pun harapkan vokal Adeep tu je.. yang lain harmony je.. diorg punya barisan peserta pun tak balance dan tak sama league..
Quote stingergrumpy 3-10-2022 02:51 PM
prince_marhaen replied at 3-10-2022 02:36 PM
..meols setuju, even peserta yang power macam Jac, Dina, Tomok, or Tom pun struggle nak jadi 'vers ...

Setakat hiburan stim kering ok ler nonton gv ni...iteww yg aku pelik kekadang bila aku masuk tred gv year in yr out ...berkembang kembang hidung sekor sekor dgn wishlist of songs they think the singers should be tested on...siap mat arof kehulu mat arof...kehiliq...
To prove my point this year siap ada saranan lagu dari netizens utk dinyanyikheun peserta2 seperti semalam...dan aku teringat lagu perawan atau janda ada disarankheun oleh porummer @chzy kita.....bukan main gumbira 3xorgasms aku dengar dianya bila secara kebetulan lagu iteww yg disumbangkheun oleh jackly semalam kheunz?

Mungkin pada awal terbentuknya GV ini dulunadalah utk beri ruang dannpeluang utk penyanyi penyanyi yg dah tak aktif utk satu waktu yg agak boleh tahan lamanya utk cuba mengembalikheun aura nyanyian serta mengilap semula talent nyanyian mereka...utk mungkin membantu mereka utk menyambung karier mereka...tapi skg?

Sore dah al kaput diajak sepentas dgn penyanyi yg pagi ptg siang malam masih menyanyi...

Agak agak ler



Quote duri_durians 4-10-2022 01:54 PM
Edited by duri_durians at 4-10-2022 01:56 PM

aku tk tgk la w1 dgn w2 tapi tpaksa tgk w3 sbb kalah majoriti nak tgk gv..

simpati aku pd peserta mcm Haida, Tom, Asheed kau buat baik camne pun, pemarkahan tak telus dan tak de guideline. ikut suka la juri nk bg apa ikut pandangan dia. contoh
- juri A ckp saya undi nyanyian. tapi juri B pulak sy suka kreativiti awak.
- juri A cakap ini genre yg susah utk awak tapi saya suka effort awak. juri B lak cakap ini bukan genre awak, nampak sgt awak struggle.
pulak tu apa yg dia ckp adakala dgn pserta A sekian2, dgn pserta B bertentangan pulak. semua berdasarkan bias dan maaf ckap lah hanya permainan rating dan populariti.

psembahan wk3 ni kalau ikut telinga aku Asheed, Hazrul Nizam, dgn Fuad bleh top 3. Dina, VE, Pat/ Tomok patut bottom 3..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.046067 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top