CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Minta Duit Deposit Sehinga RM13 Ribu Sebelum Keluar Blind-Date, Jaminan Tak Ditinggalkan Saat Akhir

3-10-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1054| Komen: 3

Amerika Syarikat (AS) meminta wang deposit daripada pasangan temu janjinya sebagai jaminan kerana enggan ditinggalkan pada saat akhir, lapor akhbar New York Post.


Sara yang bekerja sebagai seorang pekerja sosial mengaku sudah muak ditinggalkan kerana telah beberapa kali mengalami situasi tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikenalinya menggunakan sebuah aplikasi janji temu terpaksa membatalkan pertemuan mereka sejam sebelum waktu yang ditetapkan.

Foto: New York Post

Sara kemudian bersetuju untuk menjadualkan janji temu bersama lelaki itu pada tarikh lain dengan syarat dia membayar wang deposit melalui aplikasi perkhidmatan mudah alih, Venmo sebanyak AS$50 (RM231).


“Saya penat membazirkan masa dan tenaga. Dalam hampir setiap temu janji, apabila seseorang menjadualkan temu janji, mereka tidak mempunyai jaminan polisi tidak hadir atau deposit keselamatan,” katanya.

Lelaki itu bersetuju untuk menghantar wang kepadanya dan mereka kemudian bertemu untuk minum. Dia memberikan tumpuan sepanjang masa, membayar minuman dan membelikan makanan untuk mereka berkongsi.

Rakan-rakan wanita Sara menyokong tindakan itu manakala rakan lelakinya  menganggapnya sebagai tidak masuk akal.

Dalam situasi berasingan, Martha Duke, 38, bertindak meminta enam deposit berjumlah antara AS$1,500 (RM6,955) hingga AS$3,000 (RM13,911) selama bertahun-tahun daripada lelaki berbeza yang ditemuinya.

Meletakkan wang deposit sebagai jaminan bagi mengelak kelakuan yang tidak diingini mampu membantu lelaki memahami kesilapan mereka dengan lebih baik, katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 3-10-2022 12:08 PM
Lipstick dia ya Allah terang benderang nya
Quote tumpanglalu74 3-10-2022 12:20 PM
Tengah musim bencikan sarban sekarang ni.. #MahsaAmini
Quote lattehazelnut 3-10-2022 01:18 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CjJ0BWvM7yT/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.028795 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top