CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Lempar Suami Dari Tingkat Lima Rumah Sebab Berang Kahwin Dua

3-10-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3324| Komen: 31

KAHERAH – Seorang wanita Mesir nekad membunuh suaminya yang berkahwin dua dengan melempar lelaki itu dari balkoni tingkat lima kediaman mereka, lapor laman berita Gulf News.


Jenayah itu mencetuskan perdebatan di media sosial dengan sebahagian netizen media sosial menuntut hukuman maksimum terhadap pesalah.

Mangsa dikatakan bekerja di luar Mesir dan pulang ke negara itu untuk bercuti.

Suspek dikatakan telah memanggil bapa, abang-abang dan beberapa samseng ke rumah mereka untuk memaksa suaminya menceraikan isteri kedua.


Foto: Gulf News


Bagaimanapun, apabila mangsa enggan, mereka memukul lelaki itu dengan teruk sebelum mencampak tubuhnya dari balkoni tingkat lima.

Keluarga mangsa menuduh menantu mereka dan keluarganya membunuh anak lelaki mereka selepas memaksa mangsa menandatangani beberapa kertas untuk manfaat isteri pertamanya.

Selepas dia menyerah kepada tuntutan mereka, suspek memberitahu bahawa mangsa terjatuh dari balkoni dan membawa mayatnya ke hospital dengan mendakwa dia telah membunuh diri.

Bagaimanapun, selepas disoal siasat, jawapan yang tidak selari mengenai kejadian menimbulkan syak wasangka polis sebelum mereka semua mengaku terlibat dalam pembunuhan tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-10-2022 03:01 PM
ha maek kau. jgn main2 dgn pompuan kalau dah naik antu
Quote syamzana 3-10-2022 03:13 PM
terkejut baca ingatkan bini dia sorg yg lempar keluar toklakinya.hihihi. rupanya dah lunyai pakat ramai2 campak mangsa. leinkali menikoh cuba habaq kat bini tua tu kan sng.
Quote lattehazelnut 3-10-2022 03:13 PM
Wow i sekali imbas tajuk ingat lempar barang suami..
Sekali lempar suami terus..
Quote Skuau 3-10-2022 03:16 PM
ini bini ku no2..bukan orang lain...madu ko jugak..Tina.
Quote jazaa100 3-10-2022 03:17 PM
Jgn main dgn pompuan mesir.....

Pompuan melayu blh lah kau buli....
Kezen aku keja kat ereb, balik sini laki sesedap je enjoy duit yg dia hantar & kawin lagi.....

Quote cmf_premierleag 3-10-2022 03:19 PM
U go girl!!! Tetibe
Quote arnauld 3-10-2022 03:52 PM
Tu la len kali jgn kawin dgn wrestler...
Quote ctaz 3-10-2022 04:16 PM
bukan bini dia yg lempo dia....
bini dia panggil org tibai laki dia dan baru lempo ke bawah....

cher kome2 ni baca bagi abih
Quote gideoncross 3-10-2022 05:28 PM
Khwin 2 x bgithu bini prtma lah ni, lain kli bgithu dlu bru ngam.
Quote asamfish 3-10-2022 05:39 PM
Hah!!! Hambek kau!!!
Quote grouper 3-10-2022 05:40 PM
Depa kawin dua kena p Siam mcm org msia ke cane....
Quote hareeeesah 3-10-2022 06:30 PM
grouper: Depa kawin dua kena p Siam mcm ...


Mak aih punya jauh nak ke siye…
Quote MissVixen 3-10-2022 06:34 PM
Padan muka. Selayaknya dicampak. Suka hati je nak aniaya bini pertama yang dah sabar hidup dengan dia
Quote nurshima 3-10-2022 07:02 PM
Boleh agak la kenapa suami dia kawin lagi satu,  mafia sungguh perangai bini.
Quote noor2 3-10-2022 07:02 PM
Berebut kotey punya pasal...sanggup membunuh
Quote noor2 3-10-2022 07:03 PM
Tu jela yg manusia cari dlm hidup...
Quote Acikgomen 3-10-2022 07:06 PM
jazaa100 replied at 3-10-2022 03:17 PM
Jgn main dgn pompuan mesir.....

Pompuan melayu blh lah kau buli....

Eh eh ehhh eloknye laki kazen chuols yg dilempar tingkat lima nih
Quote Scheherazade 3-10-2022 07:08 PM
hell hath no fury like a woman scorned
Quote sukacactus 3-10-2022 07:17 PM
Tajuk tu mcm la bininya sado boleh angkat & lempar laki
Padahal lempar berjemaah je pun

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.305065 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top