CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teringin Nak Duduk Dalam Penjara, Bayar Je RM28 Untuk Sehari

3-10-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 735| Komen: 1

NEW DELHI – Sebuah penjara di negeri Uttarakhand, India menyediakan khidmat sewaan bilik bagi mana-mana individu yang mahu menghapuskan nasib malang dalam bacaan horoskop mereka, lapor laman India Today.


Menurut kepercayaan horoskop masyarakat Hindu, jika anda mempunyai kemungkinan untuk dipenjarakan atau dipanggil ‘bandhan yog’, anda boleh mengetepikan ‘dosa’  itu dengan memenuhi tempoh dipenjarakan dengan cara yang ditawarkan seperti itu.

Penjara Haldwani dipercayai institusi pembetulan salah laku pertama di India yang menawarkan khidmat tersebut.


Foto: Times of India

Mereka yang berminat boleh menyewa bilik penjara dengan bayaran 500 rupee (RM28) sehari.

Penguasa penjara Haldwani telah berkata bahawa jika seseorang ingin menyewa bilik di penjara berkenaan, pihaknya akan menyediakan sel yang berasingan daripada banduan sebenar yang terletak di sayap lama.

Bagaimanapun, kebenaran untuk perkhidmatan sewa bilik luar biasa ini perlu mendapat keizinan daripada  ibu pejabat penjara negeri. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-10-2022 03:01 PM
boleh pulak cenggini ya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.025009 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top